"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 18, 2008

Jom Promosi Bahasa Melayu..! - malaysiakini

Kementerian Luar akan mengadakan promosi dan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini di negara-negara asing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebanyak 104 buah kedutaan di bawah pihaknya akan digunakan dalam keadaan tertentu bagi tujuan mempromosikan bahasa Melayu mulai tahun depan.

"Kita ada 104 kedutaan di seluruh dunia, tidakkah ini satu jendela yang cukup banyak untuk memperkenalkan seni, budaya dan bahasa kita.

"Di Wisma Putra, melalui jangkauan kedutaan kita di seberang laut, harus mainkan peranan untuk pastikan bahasa Melayu naik dan dikenali sebagai bahasa kebangsaan kita," jelasnya.

-Utusan Online

TP - nanti pelancong datang Malaysia sah pelancong akan sesat... memula sampai Malaysia pelancong dah bengong... depa ingat depa akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang... rupa-rupanya depa turun dekat KLIA... kah kah kah kah kah...

Lepaih tu masa dok kat negara depa, depa baca dekat Malaysia ada "Bangunan Berkembar Petronas" tapi bila depa datang Malaysia carik papantanda nak pi "Bangunan Berkembar Petronas" tak jumpa...

Macam mana nak jumpa? Papantanda tulis - KLCC... lepaih tu tanya orang KL macam mana nak pi "Bangunan Berkembar Petronas", orang KL ternganga... depa pun tak tau... yang depa tau cuma KLCC...

Carik pulak Pusat Dagangan Dunia Putra... pusing punya pusing tak jumpa... dekat Malaysia depa tulis - PWTC... mampuih lagi...

Kementerian seronok sangat nak tunjuk konon depa prihatin pada bahasa melayu. buat pelan promosi bahasa melayu dekat luar negara, habis juta-juta... padahal dalam negara sendiri pun masalah bahasa tak selesai-selesai lagi... apa punya bingai... depa paham ka bingai? aku ingat depa tak paham la... tukar... apa punya STUPID..!

6 comments:

Unknown said...

aloo kawan!

bila masa pulak promosi bahasa Melayu.promosi kesusasteraan Melayulah.jauh bezanya tu.agak-agak la pun kalau nak sensasikan sesuatu berita.janganlah blog yang half-truth.

"Kementerian Luar melalui Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam yang baru dibentuk akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperkenalkan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu pada peringkat antarabangsa." - b.harian

Kementerian Luar promosi sastera Melayu.

Kamal Sanusi said...

Suruh depa tukaq UMNO tu dulu pi ke bahasa malaysia.

Kalau lupa umno tu adalah singkatan United Malays National Organization yg menggunakan bahasa inggeris tapi dimeLAYUkan...

Mr Joker said...

end - hang baca dekat sini - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

samada aku yang "sensasi"kan atau utusan yang belit han pikiaq la sendiri...

Anonymous said...

Habis tu macam mana nak promosi bahasa Melayu kalau setiap tindakan kerajaan ke arah memartabatkan bahasa Melayu asyik kena kritik oleh orang-orang seperti penulis dan pembangkang. Macam mana nak mula? Baru nak mula, kena hentam...

Anonymous said...

untuk rujukan semua.
bahasa kebangsaan kita secara resmi adalah BAHASA MALAYSIA.
Pak Lah sudah mengumumkan dgn secara resmi lah...

jgn kelirukan orang lain, kalau sendiri itu keliru.

Anonymous said...

Kelantan hebat berpolitik dalam tulisan Jawi. Berpolitik tentunya tak sama dengan sekadar berparti.Pencaknya sukar dikalahkan. Negeri lain bila lagi nak serlahkan tulisan Jawi. Ini negara Melayu, orang luar dan komuniti imigran tentunya menghormati tulisan Jawi jika dibudayakan di rantau ini.