Dalam akhbar Sinar Harian mukasurat S3Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan memaklumkan bahawa MPSJ akan membayar insentif sebanyak RM200 kepada pemberi maklumat yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang menggantung iklan haram di sekitar pentadbirannya.
Tawaran ini diberikan setelah pihak MPSJ kononnya "sudah letih" memikirkan cara bagaimana menghapuskan kegiatan menggantung iklan haram tanpa mendapatkan kebernaran pihak MPSJ.
Sedih sungguh aku membaca berita tu.bukan sedih dengan tawaran yang "agak sedikit" (RM200 sebenarnya bukan sedikit) tapi aku sedih memikirkan betapa pihak MPSJ yang "sudah letih" memikirkan bagaimana hendak mengelak dari berlakunya perkara tersebut sejak sekian lama.
Bagi aku masalah tersebut bukan susah sangat pun nak diatasi.
Kenapa nak bazirkan RM200 untuk maklumat sebegitu dan tentunya sebaik tawran diberi, pihak MPSJ terpaksa pula bersusah payah melakukan siasatan yang tentunya hanya akan membuang masa yang berharga yang lebih baik digunakan untuk membuat lain-lain kerja yang lebih berfaedah.
Bagi aku, pihak MPSJ tak perlu bersusah payah menunggu maklumat kemudian menyiasat, mengintip dan serba makneka kerja susah lagi seterusnya.
MPSJ cuma perlu meronda sahaja dikawasan-kawasan terbabit yang dikatakan dipenuhi dengan iklan-iklan haram dan perhatikan no telefom yang tertera di iklan-iklan tersebut.
Perhatikan pada setiap iklan tersebut pasti tertera no telefon pemilik perniagaan yang mengiklankan perniagaan mereka.apakah MPSJ fikir ada orang lain yang membantu mengiklankan premis perniagaan tersebut?sudah pasti tidak..!
Apakah MPSJ fikir Restoran Pizza Hut mahu mengiklankan perniagaan Mc Donald? ataupun apakah MPSJ fikir pihak Sunway Piramid mahu mengiklankan Subang Parade?dah tentu itu kerja gila kan?
Apa yang perlu MPSJ lakukan ialah mengenakan tindakan pada premis perniagaan yang mengiklankan perniagaan mereka pada iklan tersebut.kalau iklan "Banner Murah" dah tentu dibawahnya ada terdapat no telefon premis tersebut untuk dihubungi.
MPSJ cuma perlu hubungi pihak tersebut dan kenakan tindakan yang sepatutnya.apapun alasan yang diberi oleh premis perniagaan tersebut WAJIB ditolak mentah-mentah.
Jangan membuang masa menunggu maklumat "siapa yang menampal iklan" sebaliknya terus sahaja bertindak pada premis yang diiklankan.alasan bagi pihak MPSJ mudah sahaja.siapa lagi yang nak iklankan perniagaan sendiri kalau bukan tuanpunya premis perniagaan?
Jangan memalukan diri sendiri dengan kenyataan dengkel..."sudah letih"...apa yang letih?benda menyelesaikan perkara yang senang dengan cara yang susah "memang meletihkan"...
Susah sangat ke?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Untuk pengetahuan Yang Dipertua MPSJ Datuk Adnan Md Ikhsan, saya tahu siapa yang memasangkan iklan haram dimerata tempat dan saya bersedia memberikan maklumat tu pada tuan, tapi insentif sebanyak RM200 tak cukup... harga barang naik tak turun... kos sara hidup tinggi. Oleh kerana itu tuan kena banyar pada saya sebanyak RM20,000,000.00... Kalau tak mampu tuan tuan kena cari sendiri. Kalau tuan dah letih berhenti kerja saja, ramai lagi orang yang berkemampuan melaksanakan kerja tersebut.
Post a Comment