Friday, November 14, 2008

Malaysiakini - Malaysia Memang Negara Yang Memeningkan...

Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.

''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.

''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.

TP - tambah pening hidup aku sebagai rakyat Malaysia... apa yang aku tengok melalui video tu, ianya bukanlah "rakaman" (mustahil untuk merakam seksaan kubur) sebaliknya hanyalah "lakonan" dan ianya memang menimbulkan kesedaran kepada yang menontonnya...

Sekali lagi aku dalam dilema... apa pula kata ulama-ulama, mufti-mufti, majlis fatwa dan juga ilmuan-ilmuan agama yang lain-lain ya???

Jangan la dok tambah pening umat Islam di Malaysia ni... adui... penat sungguh...

Sementara itu, mengulas mengenai fatwa pengharaman pengkid, Dr. Asri berkata, Majlis Fatwa perlu menyemak kembali fatwa tersebut kerana kemungkinan ada pihak termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merasakan ada kewujudan pilih kasih dalam fatwa tersebut.

Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard.

''Kita mengetahui kes lelaki lembut menyerupai perempuan lebih banyak daripada kes pengkid yang ada kalanya perlu dicari dan diselidik dengan teliti.

''Bagaimanapun, bagi kes lelaki lembut menyerupai perempuan ini saya berpendapat ia lebih ramai daripada pengkid... kalau ingin haramkan adalah lebih diharamkan kedua-duanya," jelasnya.

TP - bab fatwa ni pulak bagi aku, majlis fatwa tak perlu nak menyemak kembali fatwa pengkid yang dah dikeluarkan tu... apa yang perlu majlis fatwa buat ialah menetapkan pula fatwa bagi pelaku-pelaku mak-nyah dan juga lelaki-lelaki gay yang diketahui umum semakin berleluasa di Malaysia.

Apa kata majlis?

3 comments:

  1. MAZA mmg lagu.. kaki memeningkan org. padan pun khidmat dia ditamatkan. mmg la dia berani bersuara lam semua hal. tapi berani tak bertempat.

    ReplyDelete
  2. Malaysia memang penuh dengan insan insan yang memeningkan insan yang kian pening.

    dynamite.

    ReplyDelete
  3. Fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan pengkid dah cukup jelas. Tidak perlu dikaji semula. Cuma Majlis Fatwa harus keluarkan pula fatwa berkaitan pondan, maknyah dan yang seangkatan dengannya. Mungkin itulah keadilan yang mahu dilihat oleh NGO tersebut.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?