Friday, November 14, 2008

UMNO Bakal Ditumbangkan Golongan Muda - malaysiakini

Kata Mukhriz - Umno perlu mengkaji dan membuat andaian mengenai mengapa golongan muda kini mempunyai minat untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Kita pasti ada sesuatu yang mendorong mereka untuk mendaftar dan ini sudah tentu disebabkan kesedaran politik yang terlahir daripada golongan muda ini,"

Syed Hamid pulak (nak muntah tiap kali baca nama ni) menyarankan supaya Umno memahami minat golongan muda agar mereka sentiasa merasakan Umno sebagai sebuah parti yang mudah didekati.

"Mula-mula kita perlu tahu kehendak dan kemahuan mereka agar mereka sedar bahawa Umno sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

"Inilah proses awal peremajaan Umno kerana Umno perlu mendapat sentuhan golongan-golongan muda,"

Kata pemimpin-pemimpin UMNO pulak - 'Jangan terlepas pengundi muda baru ke tangan pembangkang'

Kata aku pulak - memang golongan muda sekarang penuh dengan kesedaran. golongan muda hari ini telah sedar bahawa nasib dan masa depan negara Malaysia tidak akan kemana dan tidak akan berkembang dibawah parti totok UMNO dan gabungannya Barisan Nasional.

Golongan muda hari ini sedar bahawa apa yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan oleh UMNO selama ini hanyalah sekadar "retorik" dan juga hanya sekadar "gula-gula" politik yang tidak akan membawa Malaysia kemana-mana malah semakin hari semakin galak UMNO menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini.

Yang lebih jelas lagi pada golongan muda hari ini ialah betapa rakusnya UMNO menjahanamkan institusi keagamaan.UMNO tidak pernah cuba untuk mengangkat agama Islam ketempat yang sepatutnya malah UMNO mereka-reka pula sistem Islamnya sendiri dibawah label "Islam HadHari" yang amat mengelirukan masyarakat.

Sudahlah institusi agama dipermainkan sebegitu rupa tanpa malu, segan dan perasaan takut kepada "Pencipta" malah UMNO galak juga menyuburkan maksiat disana-sini sehingga jika dilihat pada golongan muda hari ini, ramai yang kecundang dilorong-lorong dikhayalkan dengan racun dunia, ramai juga yang hanyut dikelab-kelab malam saban hari menikmati minuman "khayal" hasil dari istana syaitan dan macam-macam lagi.

Apa yang UMNO usahakan untuk sekurang-kurangnya mencegah dari orang-orang Islam murtad?

Apa yang UMNO usahakan untuk menaikkan ekonomi orang-orang Islam? (UMNO cuma ada DEB untuk orang "melayu" tetapi UMNO lupa bukan semua orang "melayu itu beragama Islam dan UMNO juga lupa bukan semua yang beragama Islam itu "melayu")

Apa yang UMNO usahakan untuk memartabatkan Islam di Malaysia?

Apa yang telah UMNO lakukan selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia?

Golongan muda bakal pengundi baru memerhatikan semua itu selama ini dan hanya menunggu masa untuk meluahkan "rasa" mereka diatas "sekeping kertas bermaruah" iaitu kertas undi.

Kemana UMNO selepas PRU13??? mampukah lagi UMNO meninggi diri???

1 comment:

  1. yeH.. generasi muda akan tlg bungkuskan UMNO, ngn tlg galikan kubur, kambus.. wait for PRU13, or dlm masa terdekat nih:)

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?