Saturday, November 01, 2008

Najib 108, Ku Li 1, Muhyiddin 67, Ali 23, Taib 17

1.20 pm Datuk seri Najib Tun Razak menambah tiga lagi pencalonan untuk jawatan presiden dari bahagian Bagan, (Pulau Pinang), Tambun (Perak) dan Kuala Krau (Pahang) untuk memperolehi 108 pencalonan setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menambah dua lagi pencalonan dari Bagan dan Tambun. Manakala pencalonan bagi jawatan timbalan dan naib presiden dari bahagian Kuala Krau sedang dikira.

Dengan ini, Muhyiddin memperolehi 67 pencalonan manakala calon lain - Datuk Mohd Ali Rustam (23), Tan Sri Muhammad Muhd Taib (17) dan calon terbaru, Datuk Shahrir Samad mendapat satu pencalonan dari bahagian Gua Musang hari ini.

Gua Musang turut mencalonkan ketua bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat perwakilannya pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden, Bagan dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein terus mendahului dengan 87 pencalonan.Empat orang lagi calon yang sudah layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini mendapat 64 pencalonan, Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (50) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Manakala pemimpin lain yang turut dilcalonkan tetapi masih belum melepasi kelayakan minima ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (9), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?