Saturday, November 01, 2008

Zaid Ibrahim Letak Jawatan Senator

KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dilaporkan media perdana hari ini telah meletakan jawatan sebagai senator Dewan Negara baru-baru ini.

Beliau sebelum ini telah meletakan jawatan sebagai Menteri di JPM yang berpotfolio undang-undang pada pertengahan September lalu.

Menurut laporan media lagi, surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan perletakan jawatan beliau dikatakan langkah yang tepat berikutan beliau tidak lagi menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional (BN).

Semalam, ketika berucap di Persidangan LawAsia kali ke-21, Zaid yang dikenali sebagai seorang yang lantang telah menyuarakan bahawa model Ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.

Dalam majlis yang dianjurkan bersama oleh Majlis Peguam Malaysia dan Persatuan Undang-undang bagi Asia dan Pasifik (LawAsia).

Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli parti pemeritah - Umno - parti terbesar orang Melayu.

Zaid meletakkan jawatan dalam Kabinet sebagai tanda protes terhadap penahan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini - Suara KeADILan

Berita awal : Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal.

KUALA LUMPUR 31 Okt. –
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?