Friday, November 07, 2008

Obama menghubungi 9 pemimpin dunia

CHICAGO: President Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Barack Obama menghubungi sembilan ketua negara yang menjadi sekutu AS untuk menyatakan terima masihnya selepas menerima ucapan tahniah di atas kemenangannya.

Jurucakap Demokrat Stephanie Cutter, berkata Obama membuat panggilan telefon kepada ketua negara Australia, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Israel, Jepan, Mexico dan Korea Selatan.

"Beliau menyatakan rasa terima kasih kerana menerima panggilan daripada mereka yang mengucapkan tahniah sebaik kemenangannya pada pilihan raya Presiden kelmarin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Obama yang bakal menduduki Rumah Putih sebagai Presiden kulit hitam pertama, mendapat ucapan tahniah yang mencurah-curah selepas menewaskan pencabarnya, John McCain dari Parti Republikan.

Apa yang mengagumkan kali ini, Presiden baru itu turut mendapat ucapan tahniah daripada Iran dan Cuba yang selama ini menentang Amerika.

Cutter berkata, Obama berbual dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Israeli, Ehud Olmert.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, Canselor Jerman, Angela Merkel, Perdana Menteri Jepun, Taro Aso, President Mexico, Felipe Calderon dan Presiden Korea Utara, Lee Myung-bak.

*Perdana Menteri Malaysia Obama tak contact ke? adui... Obama tau ke Malaysia?? Obama tau ke Pak Lah???

3 comments:

  1. siapa nak kontek pm benggong?

    ReplyDelete
  2. macamana dia nak contact pak lah... gambar dia dah tonggang terbalik...

    obama banyak kerja lain!

    ReplyDelete
  3. Singapore,thailand, philippine, brunei, indonesia, china... dia tak kontek pon. no hal punya. apa hal korang menyibuk sangat..? cubalah berfikiran rasional sedikit.. kenapa orang malaysia sekarang cenderung nak jadi bodoh? perkara remeh beginipun nak dihebohkan. Malaysia bukannya negara besar hendak dihebohkan. Lagi pula semua yang obama hubungi bukan negara Islam. iskh tolong lah logik sedikit.
    saya tak faham rakyat malaysia sekarang memang tak ada budi bahasa sama ada UMNO/BN atau PKR/PAS. betul2 memalukan orang melayu. masing2 cuba "berbunuhan" gara2 tidak bersefahaman dalam politik. Malah ajaran agama Islam yang sama tidak dijadikan landasan sebagai untuk memajukan bangsa. YA ALLAH, INILAH UMAT UTUSANMU YANG TERAKHIR. BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. SUKA KUTUK MENGUTUK, SUKA MENJADI BANGSA KURANG AJAR, SUKA MEMPERTIKAI, SUKA MEMBANDINGKAN, SUKA MENGUNGKIT. KIAMATKANLAH DUNIA INI DENGAN SEGERA YA ALLAH KERANA DAJAL MEMANG SUDAH BANYAK. TURUNKANLAH NABI ISA A.S DENGAN SEGERA. AMIN YARABBAL ALAMIN

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?