Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini habaq hari ni Unit media dan maklumat dalam sesebuah organisasi kerajaan perlu dipermantapkan lagi agar maklumat yang berintegriti dan beretika dapat diperolehi dengan lebih cepat dan tepat.
Katanya lagi unit tersebut yang dipegang oleh seorang Setiausaha Akhbar memainkan peranan yang penting sebagai penghubung antara seorang Menteri, Timbalan Menteri mahupun seorang ketua jabatan kepada media yang berperanan menyalurkan sesuatu maklumat kepada umum.
Kita nak tanya pulak setakat mana telusnya Setiausaha Akhbar yang jadik penghubung tu? apa yang kita tau setakat hari ni, banyak maklumat dari bawah berubah cerita bila sampai kepada pihak yang menerima dan akibatnya pihak yang diatas mendapat maklumat yang salah.
Perkara macam ni biasa berlaku dalam UMNO/BN.maklumat dari bawah - sokongan dari bawah makin merudum, tapi bila sampai dekat atas - sokongan dari bawah meningkat dengan mendadak... jadikla UMNO/BN macam sekarang.
Orang dok tolak depa, tapi depa dok ingat orang makin terima depa... semuanya jadik bingai... jadik bingai sebab dapat maklumat yang salah...
Kata beliau lagi "Peranan seorang setiausaha akhbar kepada seorang menteri bukan setakat membuat teks ucapan, malah juga sebagai sumber maklumat yang lebih sah dan tepat sekiranya pihak media perlukan maklumat tanpa perlu menunggu seorang menteri membuat kenyataan," katanya kepada pemberita pada satu forum di sini hari ini.
Yang ni pun satu hal jugak... hal ni melibatkan pihak media... dalam hal pihak media pulak selalunya ramai yang masih tak faham.
Yang jadik masalah dalam hal media ni ialah setakat mana pulak ketelusan editor? selalunya wartawan akan melaporkan 100% atas apa yang depa amik ditempat kejadian, contohnya sebarang kenyataan akhbar atau temubual.
Wartawan akan hantar rakaman atau teks ucapan ikut apa yang depa rakam dari tempat depa dapat, tapi semua tu selalunya akan diedit oleh editor pulak sebelum disiarkan.kalau editornya bangsa yang mudah kene "bayar" alamat, tak berapa telus la laporan yang keluar nanti...
Tak kan korang tak tau "ketelusan" RTM dan TV3??? telusnya depa sampai diberi gelaran Radi Televisyen Menipu dan jugak TV3suku... sebab apa jadik lagu tu? sebab "telus"...
Telus sampai tembus... bila dah tembus jawapnya lohong... berita yang keluar semua ikut sedap tekak mak bapak depa je...
"Saya tak sokong langkah kerajaan" boleh jadik "saya sokong langkah kerajaan"...... "kerajaan tak akan dapat menang dalam pilihanraya ni" boleh jadik "kerajaan akan menang dalam pilihanraya ni"... dan banyak lagi contoh-contoh "ketelusan" 2-2 stesyen ni...
Jadik saranan yang diutarakan oleh brader kita ni aku rasa setakat saranan je... nak tengok perubahan? mintak mahap banyak-banyak la kawan... "kepentingan" kena mau jaga... poket mesti mau masyuk... bos masti mau "pam"...
Betoi tak?
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?