"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 18, 2008

Pak Lah Nak Selesai Masalah Wanita?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin Wanita Umno sekembalinya ke tanahair dari lawatan ke dua negara Asia Tengah sekarang, untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata, pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut.

"Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka," katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

TP - Pak Lah nak tolong setel masalah wanita UMNO? hah..! masalah Pak Lah sendiri pun Pak Lah tak leh nak selesai, ni gatai nak tolong setel masalah wanita pulak ye?

Jangan esok tak sempat setel, awal-awal wanita tembak Pak Lah sudah lah ye Lah?

Malu kang...

6 comments:

Unknown said...

pak Lah buat lawak...HaaHaa..Biasalah orang nak bertanding...Biaq laaa..apa masalahnya...Baru tidak dikatakan pengecut..sebab takut nak bertanding....Longahqt2...

Kamal Sanusi said...

Karmila kata tu betui sangat-sangat.

Depa dok ingat parti ameno ni hak pusaka mak bapak ka buleh diserah mengikut wasiat.

Kalau kata parti yg demokrasi, awat yg nak kalut bila hak memilih dari kalangan para ahli disekat.

Biaq pi la kat akar umbi yang lebih berhak memilih siapa pemimpin mereka.

Bangang betui ameno la nih...

Anonymous said...

aik?bukan ke Pak Lah kata dia tidak mahu diganggu dalam hal ini dan meminta wanita UMNO menyelesaikan sendiri masalah ni?.dan juga Abdullah megambil pendirian untuk tidak memihak pada sesiapa.boleh cek kat sini kalau tak percaya.

Mr Joker said...

pemikir muda - hang baca dekat sini - http://www.malaysiakini.com/news/93276 sini - http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/18/mstar_berita/20081118111203&sec=mstar_berita

Pak Lah memang kaki belit maaa...!

Anonymous said...

Apa masalahnya jika Pak Lah nak selesai masalah Wanita? Tiada masalah kerana beliau masih lagi PM dan Presiden UMNO, jadi beliau ada hak untuk berbuat demikian...

Anonymous said...

Topengperak_Xinwugi,
terima kasih untuk link tu.tapi aku rasa bukan Pak Lah yang putar belit dalam hal ini.samada wartawan yang buat salah atau samada ada berita yang diupdate dan lambat update.

tapi aku rasa kalau dia nak jumpa wanita pun takde masalah rasanya.mereka pun sebahagian dari UMNO juga.dah dorang mintak tolong dari Presiden jadi Presiden kenalah turun padang dan berikan pendapat.abis cerita.