Monday, November 17, 2008

Patutlah Khidmat Tak Di Sambung..!

Awalnya aku tak ambik kisah sangat dalam isu Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim. tapi hari ni rasa nak komen pulak dalam hal ni...

Mintak maaf lah dulu awal-awal kalau komen dan pandangan aku ni tak selari dengan korang. apa yang aku komen pada hari ni hanyalah pada apa yang aku baca dalam laporan hari ni.laporan yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah ambik port pun... lantak pi lah...

Tapi aku tau jugak ada kecoh sikit pasal jawatan ni...

Pada aku lepas aku baca laporan dalam malaysiakini ni, memang patutla contract Datuk Rafiah ni tak disambung. apa la punya Naib Canselor... mulut celupar macam pungkoq ayam... macam ni nak jadik Naib Canselor?

Baca apa dia habaq - "Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Ni ka yang nak tunjuk dekat pelajar? mulut tu bacul mengalahkan mak nenek... cit... wat malu unibersiti je ni...

Jadi aku sokong la kalau khidmat orang macam ni ditamatkan... (kalau ikut pada statement dia yg kat atas tu la)... nak jadi Naib Canselor atau orang tertinggi dalam Universiti, kene la banyak bersabar, sabar tu separuh dari Iman... orang yang kurang sabar ni orang yang Imannya taj berapa kuat... kalau dah Iman tak berapa kuat... macam mana nak jadk pendidik?

Chit..!

3 comments:

  1. tidak hairanlah UM semakin mundur dibawah kepimpinan beliau...dari tangga 189 menjunam ke tangga 259...jauh tuuu...

    ReplyDelete
  2. Orang o-tak kotor tak layak memimpin! Lagi 1 tambah....bawak2 bertaubatlah...dah tua2 ni tutupla rambut tue...

    ReplyDelete
  3. Sampai bila imej universiti atau IPTA nak sampai ke peringkat yang lebih tinggi jika sikap orang atasan yang tidak boleh menjadi contoh kepada pelajar? IPTA atau IPTS adalah gedung ilmu untuk belajar menimba ilmu. Kepimpinan yang baik akan memberi impak yang baik kepada pelaja dan IPTA atau IPTS itu sendiri...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?