Monday, November 17, 2008

K'jaan Guan Eng ditegur silap eja 'Amar'

Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.

Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.

Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.

Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.

Hilmi juga menegurkan Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Kalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.

-malaysiakini

7 comments:

  1. Amal ka Amar ka bukan mustahak sangat. Kedua-dua perkataan tersebut menyeru ke arah kebaikan.

    Awat ameno ni tak leh nak pikiaq secara terbuka skit? Tu kira dah tarak modal politik lain la.

    Dah ler pemimpin ameno ni sempit pemikiran, ahli bawah pun lagi sempit hingga tarak pemikiran langsung.

    Kembang la skit otak tu....

    Soal layak Lim menggunakan ayat Al-Quran, bagi pihak berkenaan yg jawap. Mereka lebih arif. Semoga menjawap dengan telus & berani. Bukan hanya menjawap berdasarkan skrip ameno nih.

    ReplyDelete
  2. aku org berkecuali

    aku rasa malu bila org bukan islam menggunakan petikan hadis atau al-quran

    sedangkan kita tahu mereka bukan shaja tidak percaya pada Allah s.w.t.,..malah menghina agama islam

    jelas,.tujuan lim guan eng hya mahu mengambil hati org melayu,tidak lebih dari itu

    org melayu jgn tertipu

    ReplyDelete
  3. Stuju dgn orang tanjung!!
    Konon nak padu, tapi sikit-sikit pun nak kisah. Mmg sempit pemikiran..

    Kalo agama tu utk semua, kenape kisah sgt?

    ReplyDelete
  4. setiap org ade hak percaya agama masing-masing..sedangkan lim tidak menghina agama islam, setahu aku..
    kalo die tu hina, dah lame kena buang telor..

    dan, bukanke semua ahli politik suke mengmbik hati penduduk?

    takkan yg jenis racist je yg boleh ambik hati penduduk?

    ReplyDelete
  5. olang cina pelat.. talak buleh sebut huluf 'r'(al).. kuang kuang kuang

    ReplyDelete
  6. umNO telah jadikan Islam itu exclusive utk Melayu dan umNO saja..walhal Islam utk seluruh warga manusia..ketahuilah bahawa Alquran adalah salah satu rujukan di dalam pembentukan Constitution of America...

    ReplyDelete
  7. AlQuran adalah untuk semua...Banyak mu'alaf menjadikan Alquran sebagai kitab rujukan dan kajian sebelum Islamnya mereka...Tuhan nak tunjuk kalau orang Islam/melayu ni fobia dengan Alquran atau agama ini...maka tak mustahil Allah akan tebalikkan seperti banyak sejarah2 lampau...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?