Monday, November 17, 2008

Zuraida bidas Pemuda Umno dan kesatuan Kemas

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno serta Presiden Kesatuan Kemas Malaysia, Ali Majid membidas kenyataannya berhubung Tabika Kemas sebagai tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta dan perangkaan sebenar.

"Sekaligus (ia) menonjolkan pemikiran mereka yang cetek dan hanya melihat isu ini dari negatif serta tidak boleh ditegur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

kpg semarak scrap metal dealers dbkl memo zuraidah kamaruddin 121108 04"Malahan tujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak Melayu juga dilihat oleh Ali sebagai meraih populariti, (dan) menunjukkan tindakan mereka yang tidak profesional," tambahnya.

Zuraida berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang ahli Parlimen untuk menegur pentadbiran kerajaan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Menurutnya, tujuan beliau membangkit isu tersebut semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat adalah untuk meningkatkan kualiti Tabika Kemas agar ia berdaya saing, setaraf dengan tadika swasta.

Pihak media melaporkan Zuraida sebagaimelabelkan guru tabika Kemas sebagai golongan makcik yang ketinggalan zaman dan tidak berkualiti.

"Kami menegurnya adalah kerana kami sayang dengan Tabika Kemas. Ibu bapa masakini lebih cenderung menghantar anak mereka ke tadika swasta kerana hilang kepercayaan terhadap Tabika Kemas," jelas Zuraida.

"Kita perlu mengambil pendekatan untuk memperbaikinya," tambah beliau yang juga ketua Wanita PKR.

Zuraidah berkata Timbalan Pengerusi biro tersebut, Harrisan Hassan tidak boleh mempersoalkan tahap kualiti pendidikan Tabika Kemas dan tadika swasta berdasarkan yuran yang dibayar.

Diberi subsidi


Katanya, ini kerana segala tanggungan Tabika Kemas adalah di bawah pengelolalaan kerajaan pusat.

Malahan, katanya, berbeza dengan tadika swasta, kebanyakan Tabika Kemas tidak perlu membayar sewa kerana ditempatkan di dewan-dewan.

"Untuk pengetahuan, yuran yang dikenakan terhadap pelajar berkenaan, di samping subsidi yang diberikan kerajaan, hampir RM50 untuk setiap pelajar, yang disalurkan kepada pengurus Kemas itu sendiri," katanya.

Zuraida juga turut menyentuh peruntukan sebanyak RM27.6 juta untuk menaik taraf tiga buah pusat latihan Kemas di Kuala Lumpur, Seri Iskandar Perak dan Kuantan Pahang.

Menurutnya, ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil, khususnya bagi mereka yang berada di pedalaman seperti Sabah, Sarawak, Kelantan serta beberapa tempat yang tidak diperuntukkan kreajaan.

"Malahan kami juga mempersoalkan kenyataan Harrison yang menyifatkan apa yang dikatakan "mak cik-mak cik" itu sebagai satu yang hina. Adakah perkataan mak cik-mak cik itu sesuatu yang hina?" soalnya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan Kemas itu sendiri.

-malaysiakini

3 comments:

  1. Topeng Perak,
    Teguran dari Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap Kesatuan Kemas Malaysia mesti diterima secara positif, bukan melenting tak tentu pasal.

    Untuk memastikan kualiti tadika kemas adalah baik maka kita mesti bandingkan dengan tadika swasta. Mengapa Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO menganggap perbandingan seperti itu tidak adil..?

    Mengapa soal yuran menjadi penentu kualiti tadika..? Oleh kerana tadika swasta mengenakan bayaran mahal maka kualitinya mesti bagus. Tadika kelolaan Kemas mengenakan bayaran murah maka kualitinya sebagai ala kadar saja..? Dan tenaga pengajarnya sesuai dengan orang yang dipanggil "mak cik"..?

    Jika YB Zuridah tidak membangkit isu ini diDewan Rakyat, sudah pasti kita tidak tahu sejauh mana kebaikan tadika kemas untuk rakyat.

    Terima kasih YB Zuridah, teruskan perjuanganmu demi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Malay-asia - yang tak dapat terima teguran tu hanyalah mereka-mereka yang tak berminat untuk "berkembang".

    untuk berkembang, kita kena terima setiap teguran baik atau buruk.

    itu yang aku paham... yang aku tak paham ialah bila setiap teguran tu diherdik balik...

    awat? depa ingat depa baguih sangat ka?

    ReplyDelete
  3. Yang tak nak terima teguran tu ..selak kain je...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?