"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 19, 2008

Pegawai Pemantau Harga Tidak Ada Kuasa Buat Tangkapan - Shahrir

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pegawai pemantau harga dari kalangan graduan yang dilantik Mac lepas hanya bertanggungjawab memantau harga runcit barangan keperluan pengguna setiap hari dan tidak mempunyai kuasa membuat tangkapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pegawai pemantau harga yang dilantik secara kontrak itu akan menyediakan laporan termasuk laporan harian bagi lapan barang kawalan dan laporan mingguan untuk 75 daripada 350 barangan.

Beliau berkata maklumat hasil pemantauan itu akan disalur kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya, selain digunakan kementerian bagi mengkaji kedudukan serta menyediakan pelan penyaluran atau pengedaran barangan perlu.

"Laporan juga dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara pada setiap minggu sebagai sumber rujukan bagi merangka strategi dan tindakan mengurangkan inflasi," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan

Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu kemajuan operasi Majlis Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2,000 graduan sebagai pemantau dan jumlah tangkapan yang dibuat tahun ini.

Shahrir berkata pemantauan dibuat di 96 pusat pungutan pemantauan yang meliputi pasar basah, pasar kering, pasar raya dan kedai runcit di bandar utama dan daerah termasuk kawasan pedalaman.

"Mereka memantau lapan jenis barangan keperluan utama serta 350 jenis barang lain yang terdiri daripada 127 barangan basah, 223 barangan runcit atau kering dan 20 barangan siap masak," katanya.

Beliau berkata selain itu mereka juga melakukan pemantauan berkala mengikut masa kawalan yang ditetapkan semasa Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

"Laporan harian bagi hypermarket yang mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga juga akan dipapar setiap hari di laman web kementerian," katanya.

4 comments:

Kamal Sanusi said...

Kalau harga barangan yg bukan di bawah kategori barangan kawalan tinggi harganya, KPDNHEP bukan ada kuasa nak ambil tindakan.

Kuasa yg ada adalah mengambil tindakan sekiranya tiada tanda harga dipamerkan.

Betui tak?

Setakat memantau sahaja buat aper. Budak tadika pun boleh pergi memantau.

Menteri 15sen ni cuba nak buat gimik kononnya akan mengambil tindakan terhadap pekedai yg menjual dengan harga tinggi.

Nak caj air kosong seringgit segelas pun bukan buleh diambil tindakan.

Anonymous said...

memang menteri MANGKUK

Unknown said...

Tu lah akibat nya..kalau dah bengong sangat...Yang dok celapak pi naik harga minyak sampai 78 sen tu sapa suruh...Otak tu letak mana??? La ni bila harga barang dah melambung baru nak kecoh sana-sini..beri alasan yang sangat kolot..

Anonymous said...

Orang Tanjung..mulut tu biarlah beradab sikit..ni obvious sgt xde fikiran..budak tadika.boleh buat report ke? statistik tu penting.janganlah mnghina kerja orang lain.kang Tuhan ambil semua drpd awak...baru awak tau bagaimana rasanya kan...jadi..tolongla jaga adab sikit k..tolong...