Monday, November 10, 2008

Pengusaha Stesen Minyak Diberi Surat Tunjuk Sebab

20 pengusaha stesen minyak di seluruh negara diberikan surat tunjuk sebab baru-baru ini berikutan gangguan bekalan minyak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata terdapat pengusaha stesen minyak yang memberikan alasan seperti berlakunya kekurangan bekalan, kelewatan bekalan minyak selain tidak membuat tempahan bekalan minyak yang baru.

"Mereka (pengusaha stesen minyak) sebagai peniaga barangan kawalan tidak boleh mengabaikan dari segi bekalan (minyak) dan mereka kena tentukan bekalan mencukupi setiap masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen penurunan harga oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) di Bangsar, Isnin.

Katanya pengusaha stesen minyak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan dan didenda sehingga RM100,000 sekiranya didapati bersalah.

Shahrir berkata kerajaan sedang memantau perkembangan harga minyak di pasaran global dengan teliti sebelum mempertimbangkan untuk menurunkan harga minyak atau sebaliknya.

"Tunggulah... Sekarang ini masih di peringkat perundingan. Kita kena terima hakikat bahawa minyak mentah dunia sekarang berada di bawah paras AS$70 setong. Jadi kita kena ada keyakinan minyak akan terus turun," katanya.

Shahrir turut mengulangi kenyataannya semalam bahawa kemungkinan harga minyak akan diturunkan buat kali kelima pada pertengahan bulan ini sekiranya harga minyak dunia terus mencatatkan penurunan.

2 comments:

  1. Kekurangan bekalan minyak seperti mana yang didakwa oleh pengusaha stesen minyak hanya merupakan alasan kerana mereka khuatir harga minyak akan turun dalam masa terdekat. Jadi jika mereka beli stok minyak dengan harga lama,kemudian sehari dua selepas itu harga minyak turun, mereka terpaksa jual minyak dengan harga baru walaupun stok mereka dibeli dengan harga lama. Disini mereka akan rugi...

    ReplyDelete
  2. dan2 pulak ada penguasa stesen minyak boleh announced "minyak habis".kesianlah pada pengguna yang mahu mengisi minyak buat kenderaan mereka.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?