"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 14, 2008

Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno - Tengku Rithauddeen

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan gejala politik wang yang berleluasa dalam Umno menjadi semakin parah menjelang pemilihan pusat Mac depan.



Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku disebabkan tempoh berkempen bagi pemilihan mengambil masa yang lama.



"Nampaknya begitulah. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin, mungkin tidak berlaku tapi boleh jadi (gejala politik wang) akan terus berlaku kerana pemilihan akan berakhir pada bulan Mac.



"Pada mereka (ahli-ahli), makin lama makinlah bagus...banyak lagi duit orang dapat. Saya tidak suka tengok keadaan ini," katanya ketika temubual eksklusif dengan mStar Online di pejabatnya di Bukit Damansara di sini, hari ini.



Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, beliau akan mencadangkan penambahan dalam peruntukan Tata Etika Umno supaya bukan hanya orang yang memberi wang disabitkan kesalahan malah yang meminta juga turut bersalah.



"Kadangkala apa yang berlaku sekarang ini, orang yang mengundi itu yang minta duit.



"Bila ada calon yang nak bertanding, ada yang minta dan berkata 'takkan takda duit-duit kopi sikit'. Ini masalahnya. Duit kopi (yang diminta) bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus... "Jadi mungkin kita kena pinda sedikit undang-undang supaya orang yang minta duit pun salah juga. Ini satu perkara yang kita perlu beri pertimbangan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan gejala ini," katanya.



Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, memandangkan Lembaga Disiplin hanya mempunyai 18 ahli dan jumlah itu tidak mencukupi untuk mengendalikan aduan kes-kes salah laku yang diterima, beliau telah memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menambah bilangan ahli.



Beliau turut menolak pandangan sesetengah pihak bahawa Lembaga Disiplin tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.



"Mereka memikirkan kita ni tak bergerak tapi kalau mereka tengok kita bekerja, mereka akan sedar kesulitan yang kita hadapi. "Kita nak siasat satu-satu kes itu mengambil masa. Kita kena pegi ke bawah. Mereka (pengadu) nak datang sini, mereka tak mampu," katanya.



Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.



"Kita siasat boleh kata banyak juga. Ada yang kita telah bicara. Mungkin beberapa minggu yang akan datang, kita akan menambah ahli-ahli untuk mendengar kes.



"Selain itu, kira-kira 10 peratus kes telah pun diselesaikan dan kerjasama yang kita jalankan dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada masa ini telah dapat mengurangkan beban tugas kita," katanya.



-mSTAR Online

2 comments:

Anonymous said...

Topeng Perak,

Kesihan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, hanya dia seorang saja yang beriya-iya benar nak selamatkam UMNO dari salah guna rasuah.

Pepatah mengatakan kalau nak lentur buluh biar dari rebungnya. Sekarang dah jadi buluh, kalau dilentur juga jawabnya pecahlah buluh.. Akibatnya semua ahli UMNO kena sembilu buluh....

Unknown said...

Tebang je buluh tu buat ape3 je yang boleh memberikan manfaat kepada umum...dokk biarkan pun buat semak je..lagi pun memberhayakan kepada makhluk2 lain kecuali ulau...