Suasana Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar sayu apabila bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya, Zaharah Jaafar yang mengaku melakukan pecah amanah RM95,500 mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman sambil menangis teresak-esak.
Semua yang hadir turut merasa simpati dan ada mengalir air mata semasa wanita yang mendakwa menghidap kanser pangkal rahim itu membacakan rayuan berpandukan satu nota yang ditulisnya.
''Saya reda dengan apa yang telah terjadi, sampai mati pun saya tetap mengaku kesilapan saya dan saya benar-benar bertaubat. Saya minta diberi peluang untuk perbaiki kesilapan.
''Saya juga akan ingatkan zuriat saya agar tidak lakukan kesilapan yang sama kerana ini dosa yang amat besar dan dosa yang amat pedih,'' rayu Zaharah.
Menurut tertuduh, beliau terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana keadaan yang mendesak walaupun ia bukanlah sesuatu yang diinginkan dalam hidupnya.
Kata Zaharah, beliau juga kesal dengan tindakan bodoh yang akhirnya memakan diri apabila reputasi yang dijaga selama 20 tahun di Pos Malaysia musnah begitu sahaja akibat kesilapan tersebut.
''Akhirnya, impian dan cita-cita anak bongsu saya turut musnah apabila dia terpaksa tinggalkan pengajian untuk membantu keluarga serta menampung perbelanjaan pengajian kakaknya di universiti. Dia sanggup lakukan apa saja untuk kakaknya.
''Saya sangat memerlukan sokongan dan saya berharap agar sentiasa dapat bersama anak bongsu saya. Mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tetapi dengan budi bicara mahkamah, harap dapat benarkan saya habiskan sisa-sisa hidup di sisi keluarga,'' katanya lagi.
Zaharah, 45, mengaku melakukan pecah amanah wang hasil kutipan harian pejabat pos cawangan tersebut berjumlah kira-kira RM95,500 di Pejabat Pos Putrajaya, Aras 1, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 18 Mei 2006.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang kelihatan tidak bermaya terpaksa bergerak dengan dibantu oleh suami dan dua anak perempuannya.
Terdahulu, peguam Hasnan Hamzah memohon agar Zaharah dibebaskan dengan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
Kata beliau, anak guamnya terpaksa melakukan perbuatan itu selepas terdesak untuk membayar hutang ah long sebanyak RM38,000 yang dipinjam bagi membiayai rawatan penyakit yang dihidapinya.
Menurut Hasnan, selepas tiga kali dibedah kerana kanser payu dara pada 1996, tertuduh diserang kanser pangkal rahim dan memerlukan ubat tambahan bagi meredakan kesakitan selain rawatan di hospital kerajaan.
Apabila dipecat serta-merta pada 18 Mei 2006 setelah didapati melakukan pecah amanah, tertuduh sekeluarga hidup dalam kesusahan dengan suaminya terpaksa melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup serta untuk menjaga tertuduh.
''Simpanan sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan untuk membayar hutang tetapi anak guam saya masih terpaksa menjelaskan bakinya kepada ah long lebih RM3,000 seminggu.
''Tertuduh sekeluarga hidup dalam ketakutan kerana dikejar ah long, malah pernah dibelasah menggunakan topi keledar. Keadaan yang mendesak akhirnya menyebabkan tertuduh terjebak dalam perbuatan itu,'' jelasnya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Ambil duit haram untuk kesihatan diri. mana punya fatwa ni? Kesian. Matlamat tidak menghalalkan cara. Takde duit buat cara takde. Kesembuhan dari Pencipta sahaja.
Ini adalah tanda bahawa pengetahuan agama nya terhadap mati tidak jelas. Dia tidak tahu membeza antara halal dan haram. Nafsu menguasai ilmu maka jadi lah dia seorang pencuri..
Kira oklah ... ngaku ... ini ada sampai mati tak ngaku buat salah ...
Apapun beliau mengaku dan menyesal atas perbuatannya. Sekarang kita tanya pada beliau atau pada kerajaan, kenapa kejadian terdesak seperti pecah amanah, pinjam ah long masih berlaku? Jwapannya tak lain tak bukan kerana syarat-syarat ketat oleh bank dan institusi kewangan. Sebagai contoh, pekerja kontrak kerajaan sukar untuk membuat pinjaman bank dan jika boleh pun memerlukan penjamin yang bekerja tetap sedangkan yang bekerja kontrak lebih ramai sekarang ni. Bukan mudah untuk dapatkan penjamin bekerja tetap sekarang ni. Jadi, itulah sebabnya ah long menjadi rujukan terakhir.
anda tidak ada dalam keadaan terdesak,jadi anda takkan rasa apa yang mereka rasa...di malaysia ni,org kaya makin kaya,org miskin makin miskin...apatah lagi org yg susah...xde saper yg akan tolong pun...even kerajaan ataupun pembangkang...itu kenyataan nya...mereka hanya tahu berpolitik tapi ,lupa pada rakyat yg sakit dan xde duit..bila tolong org heboh sekampung...org yg amik rm95ribu sebab nak ubati sakit kena tangkap,tapi org yang amek 95juta masih senang lenang...xadil langsung...lebih baik bom kan jerr negara malaysia ni...biar semua mati...baru adil kot... :)
dalam hal ni..kita kena lihat puncanya...
sakit..takde duit..nak buat pinjaman tak layak...ni dari sudut keadaan yg memaksa..
kenapa tak mintak bantuan dari mana2 agensi yg sah di sisi undang2..mohon pada bos ke kan lagi molek dari mencuri...kuar tv3 ke mohon sumbangan.. sumbangan org ramai ke...dari sedara mara ke...insyaAllah ada je org yg akan membantu..
sentiasa berdoa pada Allah mintak permudahkan jalan untuk mendapat bantuan..ni mintak kat along...sakit la..
wallahualam..
Skrgkan ada byk produk takaful/insuran yg boleh cover perubatan sehingga RM100k.Tp dh mmg sikap org melayu,bila ckp tentang takaful/insuran mmg tak ambil peduli.Ubahlah sikap tu.Jgn nak tambahkan lg bilangan org kita yg mengemis dlm paper@tv utk simpati.Kalau bangsa lain mmg tau kepentingan insuran,kenapa kita mesti tolak??
Post a Comment