"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

Sedia kaji turun tarif elektrik

Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menurunkan tarif elektrik sekiranya harga pasaran arang batu jatuh di bawah paras AS$75 (RM264.75) setan untuk satu jangka masa yang panjang.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini, kerajaan tidak akan membuat kajian semula ke atas tarif elektrik memandangkan harga pasaran bahan mentah itu masih berada di paras antara AS$100 (RM353) hingga AS$120 (RM423.60) setan.

Menurutnya, tarif elektrik pada masa ini sebenarnya diambil kira berdasarkan harga pasaran arang batu sebanyak AS$75 (RM264.75) setan.

‘‘Namun hakikatnya harga bahan mentah itu lebih tinggi daripada AS$75 dan ini sebenarnya mengakibatkan TNB mengalami kerugian.

‘‘Kami akan mengkaji semula dan menurunkan tarif elektrik sekiranya ia berada di bawah paras AS$75 selama tiga bulan berturut-turut,’’ katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan di sini hari ini.

Shaziman turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan wajar menurunkan tarif elektrik ekoran penurunan harga minyak kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak meningkat.

‘‘Ini kerana penjanaan tenaga elektrik tidak melibatkan sumber minyak".

‘‘Sumber yang digunakan oleh TNB untuk menjana tenaga elektrik sebenarnya terdiri daripada gas (60 peratus), arang batu (30 peratus) dan sumber-sumber lain,’’ jelasnya.

*aku pening... ni "cubaan membelit" ke apa ni???

3 comments:

Unknown said...

Depa cakap ke Ulaq yang berkata-kata..???? Tak habis2 nak menipu rakyat mehran....Benarlah seperti slogan ...Tradisi Membela Rakyat..hhmmm..kena tanya Keris Pesaka tu...

broooo... said...

begitu lah mudah nya melayu umno percaya "tipu terang2" pemimpin mereka.... kesian rakyat Malaysia!

Anonymous said...

actually aper dia cakap tu memang betul. diorang ni generate electric gunakan gas kat most of station janakuasa. Dulu memang pakai minyak tapi lepas minyak naik diorang change to gas sbb harga gas murah. so mana2 station janakuasa yg pakai arang batu pun diorang tukar ke gas. tapi diorang gunakan alasan minyak naik untuk naikkan harga elektrik. masa yang ni diorang tipu. diorang cakap harga tarif elektrik kena naik sbb minyak naik. padahal sebebnarnya diorang gunakan gas utk generate elektrik. sbb tu bila minyak turun diorang tak nak turunkan. diorang cakap sbb pakai gas.