Tuesday, November 25, 2008

Sheikh Muszaphar perlu putuskan minggu depan

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha diberi tempoh sehingga minggu depan untuk memutuskan kedudukan kontraknya dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menterinya, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili memberitahu, sehingga kini Sheikh Muszaphar masih belum memberikan keputusan muktamad sama ada ingin terus berkhidmat dengan MOSTI atau kembali ke Kementerian Kesihatan.

‘‘Kami telah beri tarikh kepada beliau iaitu harus beri maklum balas sampai minggu depan,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

6 comments:

  1. Mana boleh suka beri pilihan..???Kerajaan dah membazir berapa juta wang rakyat...!!!! hanya untuk bermegah..!!!Mesti si MUzafar ni bayar balik dalam erti kata memberikan khidmat untuk MOSTI...

    ReplyDelete
  2. gua bukan tak bangga org melayu naik bulan... tapi guna lebih suka tengok apa result bila org melayu balik dari bulan... takat pi sana sini ceramah bagi motivasi... motivator pun banyak... lebih baik kerajaan pikiaq utk hasilkan saintis atau pakar perubatan ... la nie nak operate pun kena tunggu amik nombor.. apa cerita.. lu org pikir la sendiriii

    ReplyDelete
  3. Takde ape yang nak dibanggakan sangat dengan kejayaan pi bulan tu..! Lebih baik duit yg berjuta-juta tu dibuatkan PPRT atau beri bantuan pada rakyat yg betul-betul miskin. Jgn bagi kat kroni-kroni pemimpin dah le.....
    Setakat pi bulan tu toksah bangga le... katsini yang bukan pi bulan je... tapi dok datang bulan pun bersepah. Takcaya tanye orang pompuan....

    ReplyDelete
  4. Pembetulan.!!! Depa bukan pi BULAN tapi makan 'angin' saja okay..!!!Mana ada landing kat bulan pun...

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya ramai gadis gadis yang menanti angkasawan kita tu macam tunggu bulan tak jatuh. Dia caj RM8k pun tak apa.

    Kalau nak ceramah free, MOSTI kena kelola semua

    ReplyDelete
  6. Ini adalah berpunca dari sikap riak yang terlampau sehingga lupa diri itu sebenarnya cuma seorang penumpang kapal angkasa.

    Diperbodohkan semua orang kononnya dia seolah-olah sudah menjejak kaki dibulan. Perangai orang UMNO yang suka kelentong rakyat sudah meresap kedalam dirinya sekarang.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?