Tuesday, November 25, 2008

Subjek Vokasional Akan Diperkenalkan Ke Semua Sekolah Mulai 2010

Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran Vokasional (MPV) kepada semua penuntut tingkatan satu di sekolah menengah biasa mulai 2010, kata Timbalan Menterinya Datuk Razali Ismail.

Katanya sebelum ini MPV hanya diajar di sesetengah sekolah menengah biasa dan itu pun hanya melibatkan pelajar tingkatan empat.

"Pelajaran vokasional yang melibatkan kemahiran ini akan membolehkan pelajar membina kebolehan mereka. Pelajar akan mempunyai pilihan untuk cemerlang dalam bidang kemahiran jika mereka didapati tidak berminat dalam ilmu akademik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Guru-guru Vokasional dan Kemahiran di sini hari ini.

Katanya pengenalan MPV juga akan mengurangkan masalah disiplin kerana pelajar akan tertumpu kepada kegiatan kemahiran dan tidak kepada teori akademik semata-mata.

"Kita sebenarnya sudah terlambat, di Australia, subjek berdasarkan kemahiran ini telah dimulakan dari sekolah tadika lagi," katanya.

Razali berkata kajian awal kementerian itu mendapati MPV senang menarik minat pelajar-pelajar untuk cenderung kepada sekolah dan berada dalam kelas itu.

Untuk menyediakan MPV, seramai 300 orang guru telah dihantar kursus vokasional dan kementerian akan mengeluarkan peruntukan yang besar untuk pembinaan bengkel serta peralatan berkaitan, katanya.

"Saya percaya peruntukan yang besar itu berbaloi dengan kita beri ruang apa yang disebut sebagai peluang dan akses untuk mendapatkan latihan-latihan yang bermakna buat anak-anak kita di sekolah," katanya.

Untuk tahun 2009, kementerian menyediakan tempat untuk 12,180 pelajar di sekolah teknikal, 15,600 di sekolah vokasional dan 4,460 di sekolah kemahiran, katanya lagi.

1 comment:

  1. Ada baiknya juga cadangan ini. Sekurang-kurangnya pelajar yang kurang berminat untuk subjek bukan vokasional boleh tumpukan kepada subjek vokasional. Inilah konsep kaum cina. Mereka melihat jika anak mereka lemah dalam subjek bukan vokasional, mereka menghantar anak mereka ke pusat-pusat vokasional atau kemahiran supaya anak mereka ada masa depan sebagai peniaga atau usahawan. Sebab itulah banyak bengkel-bengkel kereta di Malaysia dimonopoli oleh kaum cina. Mereka mementingkan masa depan anak mereka. Mereka ajar anak mereka berdikari. Ada juga bangsa kita yang berbuat demikian...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?