"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 26, 2008

Umno kalah teruk pilihan raya akan datang - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Umno akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ramalan saya ialah Umno akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.

"Yang memberi kemenangan kepada calon-calon Umno dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan Umno. Jangan fikir hanya dengan undi ahli Umno sahaja kemenangan akan diperolehi.

"Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli Umno pun tidak undi calon BN (Barisan Nasional). Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) Umno yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12," katanya.

Beliau mengingatkan, kelebihan undi bagi calon Umno yang menang tidak sebesar dahulu.

"Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan Umno akan kalah dimana dahulu ia menang," katanya.

Beliau mendedahkan, "orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin Umno, jika mereka dipilih akan menyebabkan Umno ditolak dalam pilihan raya umum".

"Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah," katanya.

Mengkhianati bangsa

Beliau juga memberi amaran yang keras kepada perwakilan-perwakilan Umno yang memilih pemimpin yang menyogok mereka.

"Perwakilan Umno yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata.

"Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang," kata bekas Presiden Umno itu.

Dr Mahathir juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata usaha membanteras gejala politik wang dalam Umno adalah satu proses yang memerlukan keazaman politik dan secara realistiknya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Semasa dia (Dr Mahathir) tamat sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, dia menyatakan kekecewaannya kerana gagal membanteras politik wang," kata Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Najib bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mempersoalkan: "Keazaman politik siapa? Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?"

Beliau juga mempersoalkan, apakah keazaman pemimpin Umno untuk melihat parti itu bersih daripada politik kotor.

"Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?" soal beliau.

Laporan Polis Keatas Najib

Walaupun Dr Mahathir mengakui rasuah berlaku ketika beliau menerajui Umno, tetapi beliau menyifatkannya tidak seburuk rasuah politik di dalam Umno pada masa ini.

"Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.

"Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik Umno tidak berlaku dahulu.

"Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya.

4 September lalu, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua kepada (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sendiri.

Menjelaskan lebih lanjut tentang betapa buruknya rasuah politik di dalam Umno hari ini, Dr Mahathir berkata, tidak pernah Lembaga Disiplin parti itu menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.

"Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam Umno," katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, "membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran".

Beliau seterusnya mengingatkan, hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap tentang rasuah dalam pencalonan kepimpinan Umno. "Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap Umno sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini," katanya.

7 comments:

FROZENinHELL said...

sikap kerajaan yg menjatuhkan bangsa sendiri.

Unknown said...

Pokok rasuah yang dahulunya ditanam dizaman TDM sekarang dah besar dan menghasilkan buah yang memenglah busuk...so tentunya nanti akan ditebang kan je....

Anonymous said...

TDM bercakap seolah dia 'suci' sedangkan politik wang subur selama 22 tahun dizamannya

Anonymous said...

"Dr Mahathir mengingatkan, "membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran"."

Mahathir cakap macam ni macamlah kita halalkan rasuah secara besar-besaran.. Kita buat alasan pada zaman beliau ada rasuah sebab sekarang ni bila beliau bercakap, macam beliau bagus sangat! Macam suci sangat. Beliau beriya-iya nak menjatuhkan Pak Lah.

Anonymous said...

Topeng Perak,

Tun Dr. Mahathir adalah negarawan Malaysia. Apa pun lebel yang diletakkan keatasnya dia tetap salah seorang Perdana Menteri Malaysia. Dalam sejarah namanya tetap tertulis tentang kebaikkannya dan juga tentang kejahatannya. Anak cucu kita nanti akan menilai siapa Tun. Dr Mahathir.

Apa yang diluahkan oleh Tun adalah suatu peringatan kepada parti pembangkang juga. Kekuatan parti pembangkang hari ini adalah disebabkan kelemahan parti UMNO itu sendiri. Setiap hari kita ditunjukkan berbagai jenis kesalahan yang berlaku dalam parti UMNO dan pemimpinnnya.

Apakah ianya satu kelebihan pada parti pembangkang...? Memang benar ianya menjadi satu kelebihan jika ahli UMNO keseluruhannya tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh Tun. Mereka tidak bersatu.

Tapi jika ahli UMNO bersatu semula apakah parti pembangkang boleh mendabik dada bahawa pilihanraya ke 13 nanti milik mereka..? Kita kena kira dulu berapa ramai ahli PKR/PAS/DAP yang berdaftar..? Jangan cuba menipu rakyat bahawa sebenarnya parti pembangkang hari ini berkuasa kerana undi datangnya dari ahli UMNO dan rakyat yang tidak berparti. Mereka tidak mengundi UMNO-BN kerana tanda protes...

Untuk pengetahuan kita semua, janganlah kita bergitu sombong dan angkuh kerana Pakatan Rakyat dapat berkuasa dilima negeri... Komen yang kasar dan kesat bahasanya tidak mendatangkan apa-apa pengaruh tetapi menimbulkan rasa benci dikalangan pembaca.

Dalam UMNO ahlinya adalah orang melayu walaupun kita boleh lihat kebanyakannya mereka bukan melayu tulen. Jika kita ingin menghina mereka gunakan bahasa yang sesuai, jangan hina bangsa melayu.

Kalau berani sebut saja nama mereka sebagai orang bodoh atau bahalol atau sebagainya. Bukan bangsa melayu yang mesti dikutuk kerana bila disebut saja melayu bodoh seolah-olah seluruh Melayu dalam malaysia ni bodoh. Itu tidak adil.

Anonymous said...

Sesiapa pun boleh bersuara. Sesiapa pun boleh buat ramalan. Tapi ia hanya spekulasi berdasarkan perkembangan dalam UMNO. Jadi, takkan kita nak biarkan orang memperkatakan tentang keburukan UMNO setiap masa? Dimanakah maruah kita bila kita biarkan gejala politik wang terus berkembang pesat di dalam UMNO? Tak takutkah akan kejatuhan UMNO tersungkur di depan Pakatan Rakyat? Bayangkan jika ramalan Mahathir benar-benar terjadi? Perubahan yang drastik perlu untuk memartabatkan semula UMNO...

Anonymous said...

Mahathir sepatutnya duduk berehat di rumah. Umur dah semakin tua, semakin uzur. Lebih baik jika perbanyakan amal dan ibadat...