"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

Ustaz Hashim angkat sumpah ADUN Sanglang hari ini

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota dewan undangan negeri kawasan Sanglang.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat semasa sesi persidangan dewan undangan negeri di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu Hashim diisytihar tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan namun pada 16 September lalu Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa kerusi itu dimenangi beliau.

Pada 18 Jun, Mahkamah Tinggi Kangar mengisytiharkan kerusi DUN kawasan Sanglang yang dimenangi oleh Abdullah sebagai kosong berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Hashim pada 24 April lalu.

Sementara itu, anggota dewan undangan negeri kawasan Chuping, Mansor Jusoh hari ini dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berkuatkuasa hari ini.

Nama Mansor dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan disokong oleh anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail.

Oleh kerana tiada nama lain yang dicadangkan, Yazid mengisytiharkan Mansor sebagai timbalan speaker.

2 comments:

Unknown said...

tahniah kepada Ustaz Hashim, Tak sangka depa punya tipu tak sampai kehujung...kalau tidah..lagi lama dea dok guna duit haram...SPR yang terlibat dalam kes tipu tu sepatutnya diharamkan seumur hidup dari menjadi saksi dan menjadi anggota SPR...memalukan kaum sejenis nye je...

Anonymous said...

Lepas dah angkat sumpah ni, tunaikanlah kewajipan anda sebagai wakil rakyat. Tanggungjawab anda berat kerana anda terpaksa memikul segala permasalahan yang dihadapi rakyat...