Monday, December 08, 2008

10 Set Janakuasa Disediakan Sebelum Tengah Hari Isnin, Kata Shabery

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan 10 buah set janakuasa sebelum tengah hari Isnin di kawasan yang terputus bekalan elektrik akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata set janakuasa itu akan dibawa ke kawasan itu sebaik sahaja kerja-kerja menyiapkan jalan alternatif di kawasan itu siap.

Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Bantuan Bencana Pusat, berharap dengan kemudahan set janakuasa TNB, penduduk di kawasan taman perumahan di sekitar kawasan itu mendapat bekalan elektrik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh di sini Ahad malam.

Beliau turut meminta penghuni yang enggan berpindah dari kawasan itu supaya mematuhi arahan polis demi keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?