Monday, December 08, 2008

Pasukan Skali Cari Lebih Ramai Sukarelawan

Sebuah pasukan yang diketuai oleh Tengku Farith Rithaudeen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Skali, sedang mencari lebih ramai sukarelawan untuk membantu dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Bukit Antarabangsa di sini.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata pasukan Skali kini mempunyai lebih 30 sukarelawan, kebanyakannya pekerja firma yang terbabit dalam e-perniagaan itu, menjalankan operasi dari kedai makanan segera Burger King bersebelahan stesen Petronas di kawasan itu.

Katanya pasukan itu menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa tragedi tanah runtuh di kawasan itu serta menyediakan maklumat.

"Melalui pangkalan data kami, kami memaklumkan pemilik rumah yang terjejas mengenai butiran terbaru seperti bila mereka boleh kembali ke rumah, status bekalan elektrik.

"Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa supaya maklumat yang kami sediakan adalah sah," katanya.

Tengku Farith, yang rumahnya turut rosak dalam kejadian itu, bagaimanapun sudah berpindah ke rumah lagi sebulan lepas.

Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan itu diminta hadir di kedai Burger King di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada pukul 10 pagi esok atau menghubungi Nazri Ahmad di talian 013-3693508.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?