Tuesday, December 16, 2008

2 kompleks IPD di Kedah bernilai RM55.7j terbengkalai

Dua kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM55.7 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan pemaju.

Projek yang dijalankan secara penswastaan tersebut ialah IPD Pendang bernilai RM29 juta dan IPD Yan RM26.7 juta.

Keadaan tersebut menyebabkan kerajaan kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan sehingga RM90 juta bagi meneruskan semula kedua-dua projek terbabit.

Berdasarkan perancangan asal, pembinaan IPD berkenaan merupakan sebahagian daripada pakej penswastaan tanah kerajaan pada 1996.

“Kerajaan sebelum ini bersetuju menyerahkan tanah (land swap) seluas 72 hektar di Sungai Petani kepada sebuah syarikat pemaju melalui projek penswastaan.

“Sebagai balasan, syarikat tersebut berjanji menyiapkan tiga Kompleks IPD bernilai RM109.4 juta meliputi Kuala Muda (Sungai Petani), Pendang dan Yan.

“Bagaimanapun, mereka hanya menyiapkan satu sahaja IPD iaitu di Kuala Muda (bernilai RM53.7 juta) sementara di Pendang, projek hanya berjalan 28 peratus sebelum terhenti dan Yan tidak dimulakan langsung,” kata sumber.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?