Tuesday, December 16, 2008

Rungutan dibawa kepada PM

  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berjanji akan membawa rungutan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera.
  • Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
  • "Banyak masalah dan ketidakpuasan yang dilaporkan kepada saya selain permintaan khas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan selama sejam dengan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa di sini hari ini.
TP - rungutan dan aduan dari penduduk Kampung berembang sape nak bawak ke pengetahuan Perdana Menteri?

Ni la nasib rakyat Malaysia, yang kaya-raya, hidup senang-lenang dibantu... kalau kene gigit dek semut, habis 1 negeri semut ditarah dihapus. batuk sikit, hospital sampai kerumah, gosok perut je, makanan dah terhidang, kipas sikit, air-cond sampai kat rumah, menggeliat sikit, tukang urut antarabangsa sampai.

Pendek kata serba-serbi diambik berat dek semua pemimpin hatta Pi EM sendiri pun rasanya tiap-tiap hari dok risau kot-kot ada orang kaya yang jatuh sakit.

Yang dekat Kampung Berembang? korang kene hurung dek semut ke, batuk sampai keluar urat tekak ke, penyek perut ke buatlah macam mana sekalipun... depa akan habaq...

Kita akan pertimbangkan... ko tunggu la depa timbang sampai mamposss...

3 comments:

  1. Isu Bkt Antarabangsa ni tengah hot. Lepas tu ada orang yang bawak ke tengah untuk dikemukan masalah mereka kepada PM. Isu Kg Berembang tu mungkin takde orang yang bawak ke tengah kot... Tu yang senyap tu... Apapun diharap kerajaan dapat mengambil perhatian terhadap semua masalah penduduk tak kira di Bkt Antarabangsa atau di mana sekalipun.

    ReplyDelete
  2. eleh, cakap je boleh laa....last2 habuk pun tarak,,,korang tengok laa nanti...

    ReplyDelete
  3. Anon 11:52pm - 100% betoi!!!

    50 tahuuun daaahhh...!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?