Malaysia belum menerima penyerahan enam lagi jet pejuang Sukhoi dari Rusia, kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin hari ini.
“Belum lagi. Enam buah lagi akan diterima,” kata beliau ketika ditanya jika semua 18 jet pejuang pelbagai peranan Sukhoi Su-30MKM telah diterima.
TUDM akan menerima jet pejuang lain apabila tiba masanya, katanya kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Pameran dan Pertunjukan Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2009 di sini, hari ini.
Bila baca kenyataan ini pasti ramai yang akan membuat andaian negatif.. Jangan begitu.. Kita tak tahu apa sebab sebenarnya kelewatan lagi enam buah jet Sukhoi yang belum diterima lagi. Mungkin mereka ada sebab sendiri. Jangan fikir negatif...
ReplyDeletenanti Rusia habaq - Malaysia belum bayaq habis lagi, macam mana mau deliver?
ReplyDeleteboleh pakai ka?