Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berharap harga runcit minyak di negara ini dapat diturunkan sedikit lagi berikutan aliran berterusan penyusutan harga bahan api itu di pasaran global.
Menurutnya, jika harga minyak terus diturunkan, rakyat atau pengguna boleh menggunakan lebihan wang untuk berbelanja sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
Beliau bagaimanapun berkata, keputusan bagi penetapan harga minyak mengikut harga terapung atau harga lantai itu hanya akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok.
''Banyak yang kita perlu bincang dan banyak juga faktor yang perlu kita ambil kira sebelum menurunkan harga minyak. Kita kena ambil kira banyak kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Barang Pasar Raya Tunas Manja di Transit Point di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Abu Samah Shabudin dan Pengerusi Eksekutif Tunas Manja, Datuk Chan Ching Swee.
Sudah-sudahlah, jangan pandai nak cakap berbelit je, kalau agak2 nak menipu guna alasan budak tadika, simpan2 jer lah niat tu, takut nanti makan diri pada PRU-13 nanti pulak!
ReplyDeleteMemang betul pun apa yang Shahrir Samad cakap. Penurunan harga minyak bukan boleh sesuka hati. Ia perlu dikaji sedalam-dalamnya. Bayangkan jika harga minyak naik mendadak kembali, mesti rakyat akan marah jika harga naik mendadak. Itulah sebabnya harga tidak boleh diturunkan serendah yang mungkin tapi jika direndahkan lagi, Alhamdulillah... Kurang sikit beban kita...
ReplyDeleteDiharap harga minyak akan diturunkan lagi sekurang-kurangnya RM1.50 seliter. Barulah akan terasa penurunannya. Beban yang ditanggung selama ini dapat dikurangkan...
ReplyDelete