Friday, December 26, 2008

Amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang, Terengganu - malaysiakini

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan sederhana kadangkala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang yang diramal berterusan sehingga Sabtu.

Di Terengganu ia melibatkan daerah Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu manakala di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Katanya, amaran hujan lebat (peringkat jingga) berlaku di Johor iaitu di daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian hari ini.

Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?