Friday, December 26, 2008

Pegawai agama di hospital ditambah

Kementerian Kesihatan akan menempatkan lebih ramai pegawai agama di hospital-hospital kerajaan dalam usaha meningkatkan aspek kerohanian serta memberi khidmat nasihat tentang hal ehwal Islam kepada pesakit dan kakitangan hospital.

Setiausaha Bahagian Sumber Manusia kementerian, Sabariah Hassan berkata, setakat ini sejumlah 15 jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S32 ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur dan 14 buah hospital negeri sebagai tambahan kepada dua jawatan Penolong Hal Ehwal Islam Gred S27 sedia ada di ibu pejabat kementerian berkenaan di sini.

''Kementerian juga merancang untuk mewujudkan jawatan-jawatan tersebut pada masa depan terutama bagi meningkatkan aspek kerohanian dan khidmat nasihat agama kepada para pesakit dan kakitangan hospital.

''Penempatan pegawai-pegawai tersebut adalah salah satu langkah proaktif kementerian bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit dan orang ramai yang berurusan dengan hospital selain memelihara kebajikan pegawai dan kakitangan beragama Islam.

''Ini membabitkan dari segi amalan ibadah dan kerohanian," katanya dalam satu kenyataan kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar Kementerian Kesihatan menempatkan seorang pegawai agama di setiap hospital daerah bertujuan membimbing pesakit yang memerlukan bantuan kerohanian.

2 comments:

  1. Tindakan ini agak bagus kerana ia juga dapat menambah peluang pekerjaan kepada rakyat yang layak untuk jawatan itu... Yang penting adalah ikhlas semasa bekerja... Barulah berkat...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, ini adalah satu tindakan yang bagus. Dalam keadaan sekarang ni yang kemungkinan ramai akan dibuang kerja, ini mewujudkan lagi peluang pekerjaan.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?