Penoreh getah di daerah Baling dan Sik mengeluh apabila harga getah terutama getah sekerap kini jatuh sehingga 60 sen sekilogram berbanding RM4.50 sekilogram kira-kira sebulan lalu.
Lebih memeritkan bagi mereka, bukan sahaja harga komoditi itu jatuh merudum, bahkan ada antara pembeli sekerap yang enggan membeli hasil torehan mereka.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan mereka, malah ada yang menitiskan air mata kerana seakan-akan tidak mempercayai sedang berdepan dengan situasi berkenaan.
Ketika ditemui wartawan, rata-rata penoreh berasa hairan kerana tiada pihak tertentu termasuk kementerian mengambil langkah untuk mengawal kejatuhan harga getah sejak ia berlaku.
Seorang penoreh getah dari Kampung Charuk Kapas, Kupang, dekat sini, Shamsuddin Mat Hashim, 57, berkata, sebelum ini dia memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1,000 hasil jualan getah untuk tempoh 10 hari.
Bagaimanapun, katanya, nasib keluarganya berubah sejak sebulan lalu apabila hanya mampu mendapat sebanyak RM100 bagi tempoh sama.
"Kalau sebelum ini dapatlah pendapatan sehingga RM1,000 untuk 10 hari tetapi kini keadaan itu tidak berlaku lagi," katanya.
Tertekan
Shamsuddin yang mempunyai enam anak dan menoreh getah milik orang lain mengakui dia berasa semakin tertekan apabila kejatuhan harga getah tidak seimbang dengan harga barang di pasaran sekarang.
"Kami harap sangat kerajaan segera membantu penoreh getah seperti kami ini kerana kejatuhan harga tidak lagi seimbang dengan kenaikan harga barang," katanya sedih.
Bagi Radi Baharom, 28, dari Kampung Jerai, Kupang pula, dia turut melalui pengalaman pahit apabila hasil torehannya hampir tidak dapat dijual.
"Pembeli getah hampir enggan membeli hasil torehan kerana tidak mahu menanggung rugi," katanya menceritakan pengalamannya sejak harga komoditi tersebut merudum.
Seorang lagi penoreh, Rohani Hussin, 43, dari Kampung Charok Kapas, Kupang sedih kerana tidak menyangka harga getah jatuh teruk sejak kebelakangan ini.
"Bayangkan harga getah jatuh sehingga rendah daripada harga sekilogram gula," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penoreh, Che Embi Shafie, 50, dari Kampung Tala Sik turut menyifatkan kejatuhan harga getah agak membebankan mereka.
Menurutnya, keadaan itu begitu menghimpit kehidupan walaupun berlaku penurunan harga petrol.
"Kami terkejut dengan kejatuhan harga seperti ini," katanya.
Zamzuri Zakaria, 38, penoreh dari Kampung Betong, Sik, pula menyifatkan kejatuhan harga sebagai luar biasa.
Seorang pembeli getah sekerap, Isa Che Ahmad, 53, turut menceritakan pengalamannya berhadapan dengan situasi genting sebagai peniaga getah sekerap dan hampir tidak lagi mahu membeli kerana wakil pembeli termasuk MARDEC enggan membeli komoditi itu berikutan takut menanggung rugi.
semasa harga getah naik...bersertakan dgn pilihanraya lepas....saya petugas pilihanraya parti.rata2 penduduk luarbandar berkata 'tengok getah naik tinggi sebab kerajaan BN adalah bagus...menjamin masa depan rakyat...tak perlu tukar,kitaorg bahagia dgn BN'itulah dia ucapan org luarbandar.kita dibandar ini sepanjang hari hidup susah....banyak kawasan BN...pakatan menang.luarbandar kita banyak kalah.maka itu saya bersyukurlah....kepada org luarbandar lihatlahhh....keindahan alam ciptaan kejadian tuhan...BN pun tak dapat tolong kamu...
ReplyDeleteEarly this year, many small rubber estate owners were getting more than RM10,000 a month with some getting RM30,000 a month. I do not hear compliants nor did government imposed windfall tax but now rubber price dropped so much, they are screaming for financial assistance.
ReplyDeleteIt is time rubber estate owners realise that price fluctuation is a risk they have to bear.
If all biz that suffered losses are bailed out by government, imagine the impact on other taxpayers and there will be no incentives to trim excess fat.
Aku ni salah sorang pembeli getah.Harga getah telah menunjukkan kenaikan bermula dari pertengahan 2005 lg.Kenapa minyak puaka2 ni dk sibuk nk buat harga lantai...?Kenapa tidak pd getah!!!????DASAR MAKAN DARAH DR KERINGAT RAKYAT...!!!!!!
ReplyDeleteHarap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu penoreh2 getah ini dalam menghadapi krisis ini. TApi bagaimanapun kita perlu sedar yang perkara ini bukan mudah untuk dilakukan kerana ia pasti memerlukan suntikan dana yang besar. Bukan sedikit bilangan penoreh getah.
ReplyDeleteTak tahu ersyukur.. Harga minyak naik bising sedangkan kenaikan harga minyak menaikan harga getah asli. Getah sentitik yang menjadi saingan getah asli bahan utamanya petrolium.
ReplyDeleteKita menyumpah dengan kenaikan harga petrolium tidak sedar kita juga menyumpah kepadakenaikan harga komoditi.
Siapa yang hidup semasa perang arab israel yang menyebabkan lonjakan harga minyak sekaligus melonjakkan harga getah asli? Berapa ramai yang berhenti kerja dan sekolah kerana kenaikan harga getah. Akhirnya menyesal dgn tindakan mereka. Dizaman itu juga tiba-tiba pak arab menjadi kaya rayakerana kenaikan harga minyak dan tidak lama kemudian malaysia juga mendapat rahmat Allah kerana penemuan minyak di semenanjung maaysia.
Ada masa kena bersyukur dan beringat. Masalah global pun BN yang salah.Menduh memang senang tetapi yang kena tuduh sedang berusaha membantu walau dicemuh.
Jangan pulak nanti kalau kerajaan bagi insentif peri beli hanphone mahal-mahal atau tukar motorsikal lebih teruk lagi pergi ke kelab dangdut.
Mengikut biar berakal