Wednesday, December 24, 2008

Apa Kata Anda Tentang Hudud??? - malaysiakini

Mutakhir ni KERAjaan pusat pimpinan UMNO melalui pencacainya Khairy Jamaluddin memainkan kembali isu Hukum Hudud dan Qisas. macam-macam reaksi boleh kita baca dari berbagai-bagai blog dan laman web.

DAP sebagai parti yang majoriti ahlinya adalah bukan Islam (dah tentu tak paham tentang Islam) terang-terang menetang pelaksanaan hukum Islam ini di Malaysia, PKR pula atas nama Keadilan secara tidak jelas masih bermain tarik tali entang pendirian mereka berkenaan hukum hudud.

UMNO pulak terang-terang menolak tetapi tidak secara jelas sebaliknya menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan yang masih gagal melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan walaupun sudah 4 penggal memegang tampuk pemerintahan negeri Kelantan Darul Naim.

Hakikatnya yang menghalang pelaksanaan Hukum Hudud dan Qisas ialah KERAjaan pusat pimpinan UMNO sendiri.

Tak pernah pun selama lebih 50 tahun memerintah negara Malaysia, UMNO memainkan peranan didalam memberi pemahaman kepada rakyat Malaysia baik yang Islam mahupun bukan Islam berkenaan dengan Hukum Hudud sebaliknya UMNO lebih banyak mengelirukan rakyat Malaysia berkenaan hukum hudud.

Siapa yang mengeluarkan kenyataan "kalau nak makan sup tangan, boleh pergi ke Kelantan"??? siapa yang mengeluarkan kenyataan "lepas ni ramai la orang-orang Kelantan yaang kudung tangan dan kaki"??? itu kerja siapa??? itulah kerja "penerangan" tentang hukum hudud yang UMNO lakukan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Kenapa orang Islam sendiri yang memperlekehkan hukum Allah? UMNO bermain politik dengan rakyat Malaysia atau dengan Allah??? besar sangatkah UMNO hingga berani mempersenda hukum Allah?

Malas nak cerita panjang-panjang... cuma aku rasa berminat nak tahu pandangan korang tentang Hukum Hudud... setuju atau tidak kalau Hukum Hudud dan Qisas dilaksanakan di Malaysia???

Untuk aku... 100% aku setuju... sila kepetak undi diatas untuk survey dan kita lihat keputusannya pada 1 Muharram, ramai yang setuju, atau ramai yang menolak.

Jangan takut pada hukuman jika kita tidak melakukan kesalahan..!

3 comments:

  1. kesian orang DAP, diorang sebenar tak paham secara detail apa itu hudud, diorang ingat bila laksana hudud, senang2 jer boleh potong tangan orang. Patutnya lepas ni orang PAS atau cendekiawan Islam perlu anjurkan seminar tentang hudud untuk semua orang bukan Islam (termasuk DAP dan PRK, orang Islam tak paham Islam pun boleh masuk jugak). Kat situ nanti kita boleh berbincang secara ilmiah tentang hudud. Kalau ada sebarang persoalan atau kemusykilan boleh tanya secara direct. Kalau seminar ni berjaya, saya yakin 100% orang bukan Islam setuju jika hudud dilaksanakan di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa takde siapapun orang Islam yang menentang hukum Hudud dan Qisas. Menolak hukum ini beerti menolak hukum Allah dan kita pun tahu apa akibatnya jika berbuat demikian. Saya setuju jika ianya dilaksanakan. Orang bukan Islam harus diberi penerangan terperinci mengenai hukum ini supaya mereka faham dan mengerti...

    Tapi saya tak setuju dengan PAS sebab pendirian mereka tak kuat. Baru kena gertak dengan dengan DAP, mereka terus tukar kenyataan. Tiada ketegasan dalam matlamat perjuangan mereka sehingga menyebabkan hilang respek dari orang bukan Islam. Apakah mereka lebih takut kepada DAP daripada Allah SWT?

    ReplyDelete
  3. Hukum hudud dan qisas ni hukum Allah, dan tidak patut ditentang. Tapi ikhlas ke PAS dengan apa yang mereka cakap? Cakap lain, buat lain, nak guna hukum hudud tapi bersekongkol dengan orang yang terang2 menolak hukum tersebut, siap suruh langkah mayat tu. Apa pulak benda tu? Betul ke nak? Ke sekadar cakap je?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?