Wednesday, December 24, 2008

Sah, Abu Zahar sertai PAS

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

-malaysiakini

6 comments:

  1. UMNO tidak menghalang Datuk Zahar dan konco-konconya untuk sertai pembangkang. Itu pilihan beliau. Nak keluar, keluar jelah... Kalau dah dasar kerajaan nak ditentang, apa gunanya duduk di dalam UMNO?...

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAH... ALHAMDULLILLAH... LAILLAHHAILLAHLAH... ALLAHHUAKBAR...

    sinar kemenanggan terpancar untuk PAS & Pakatan Rakyat di P036...

    ReplyDelete
  3. Dari tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin dalam UMNO yang keluar parti, jelas menunjukkan betapa rendahnya tahap kesetiaan mereka dan betapa tidak kuatnya hati mereka dalam berjuang. Mereka tidak mampu mengharungi susah senang bersama UMNO. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dan mungkin juga kedudukan... Saya memang kecewa dengan sikap mereka... Sepatutnya mereka lebih berusaha ke arah meningkatkan lagi kualiti perjuangan UMNO...

    ReplyDelete
  4. Trend orang kecewa. Begitulah. Tapi Datuk Zahar sebenarnya bukan kecewa tapi sengaja nak tunjuk perasaan. Kita tak tahu hati beliau sebenarnya macam mana. Mungkin beliau tak ikhlas. Tapi oleh kerana keegoan, maka beliau gagahkan juga diri untuk sertai PAS. Apapun, UMNO memang tak suka ahli yang tak setia macam ni.. Ada dalam UMNO pun, hanya nak hentam orang je... Sekarang ni dah masuk PAS, hentamlah orang sepuas-puasnya...

    ReplyDelete
  5. Ada juga antara mereka yang memang patut tinggalkan UMNO kerana kesetiaan mereka memang tak boleh diharap. Duduk dalam UMNO pun hanya nak menjatuhkan orang je. Bukannya nak bantu macam mana nak kukuhkan parti…

    ReplyDelete
  6. Memang tu yang dia nak. Biarlah dia pergi, nak buat macam mana. Kalau dah tak boleh sama dalam perjuangan, pergilah..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?