Tuesday, December 30, 2008

Fitnah: Rashid timbang saman pemimpin pembangkang - malaysiakini

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang memfitnah beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

"Saya menyimpan semua bukti-bukti yang ada dan akan menyerahkannya kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat," katanya selepas Majlis Pecah Tanah tapak bangunan ibu pejabat SPR yang baru, di sini.

Abdul Rashid berkata, beliau serius dalam hal ini memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

"Mereka serang saya secara peribadi. Mereka ingat saya ini macam Perdana Menteri sedangkan saya mempunyai ahli-ahli suruhanjaya yang mana kita berbincang setiap kali membuat sebarang keputusan.

"Tengoklah nanti. Saya kutip semua bukti-bukti ini. Jangan main-main kerana saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

"Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti," katanya.

Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau.

Ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan itu semasa memegang jawatan Pengerusi SPR, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mahu melibatkan suruhanjaya itu memandangkan tuduhan-tuduhan kepadanya adalah bersifat peribadi.

Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya.

"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi berhubung hal ini dan nampaknya memberi reaksi positif.

"SPR mesti mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan pilihan raya supaya ia boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata, hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.

Abdul Rashid berkata, beliau berpuas hati dengan tugasnya sepanjang menerajui SPR selama tujuh tahun.

"Saya boleh katakan semua pilihan raya yang dikendalikan itu berjaya. Saya sangat gembira," katanya.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Abdul Rashid berkata: "Tidak ada. Kalau ada pun, saya simpan dalam hati."

6 comments:

  1. Hey..hey..Rasit gila babi mau saman Party pembangkang !! dia dah gila nie..babi pun tak gila macam
    dia...

    ReplyDelete
  2. elok gak kalau dia berani saman.
    Biar semua yang tersimpan keluar macam "corect coret" tehehehehehe

    ReplyDelete
  3. Ini sah kes duit pencen yg bakal diterima tak cukup... Tu la masa ade peluang tak gunakan sepenuhnya.

    Memang betul pun....! Keputusan yang ko buat banyak berat sebelah! Mana dia undi pakai dakwat, mana dia kes dakwat palsu, kenape keluarkan arahan saat2 akhir (bile tau calon BN ramai yang tak sain surat pengesahan... tarik balik arahan).

    Ko jawab dulu persoalan ni baru ko layak saman....

    Amacam TP...?! Aku rasa ko banyak lagi isu-isu dalam Database ko.

    ReplyDelete
  4. Bukan M'sia shj malah dunia pun dah tahu Pak Rashid memang kaki penipu. Kenyataan yg d keluarkannya bnyk berpihak kpd parti pemerintah malah mampu menyelamatkan calon BN yg secara jelas tlh melanggar akta SPR.

    ReplyDelete
  5. Kitakan bebas. Takkan Teressa je boleh saman, dia pun nak gak... biar la. Bukan pakai duit kita pun bayar loyar dia. kalau dia menang pun duit tu bukan dia share ngan kita...

    ReplyDelete
  6. tanah kau rashid kat raub,pahang kat 400 ekar.
    kau ada kilang kat selangor kongsi dengan pemimpin umno sabah
    banyak lagi akan terdedah.samanlah tok nak tengok kau berani atau tidak

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?