Tuesday, December 30, 2008

Polis Pahang Terima Laporan Berhubung Blog Hina Nabi Muhammad

Polis Pahang menerima laporan pertama berhubung kewujudan sebuah laman blog yang menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW oleh Pergerakan Pemuda Umno Maran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata laporan itu dibuat pada Sabtu lepas oleh Naib Ketua Pemuda Maran, Hairul Amin Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada pukul 3.45 petang.

"Sabtu lepas kita ada menerima laporan pertama yang dibuat di Pahang berhubung kewujudan laman blog menghina Nabi Muhammad SAW dan kita akan siasat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Menurut Mohd Haris laporan itu dikemukakan atas dasar rasa tanggungjawab parti itu memperjuangkan agama, bangsa dan negara kerana blog itu secara terang-terangan memaparkan artikel menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dikemukakan Hairul Amin mengikut Akta Hasutan.

4 comments:

  1. macamana dengan menolak hukum hudud yang diwajibkan oleh Allah? kelakar la org ameno ni... tolong la belajar agama.. pegi masjid, pegi surau...

    ReplyDelete
  2. Jangan hina sesiapa dalam dunia ini.
    Apa untung hina org org walau org itu hina keluarga kamu sekali.
    FIKIR FIKIR LAH.
    EGO./RIAK./SOMBONG./SEMUA ITU YG ROSAKAN HATI KITA. CUBA FIKIR APA UNTUNG PADA ZAMAN MEROSOK INI. MASA TERBUANG, BAIKLAH.:- BUAT BAIKLAH KEPADA YG BUAT JAHAT KPD KITA.

    ReplyDelete
  3. musykil juga dgn org yg buat laporan polis ni, diorang ni ada tengok blog tu ke...kan blog tu kita org dah flag ramai2. dah tutup. camner buat laporan tapi x penah tengok blog...atau saje nak tunjuk...kami ni pembela agama (dlm masa yg sama...fikir sendiri la)

    ReplyDelete
  4. Anon 3.16pm,
    Sebenarnya orang PAS je yang suka melabelkan orang UMNO menolak Hudud sedangkan orang UMNO tak pernah tolak Hudud. Kalau ada pun, hanya segelintir dan mereka ini perlu di'sekolah'kan supaya dapat difahamkan tentang Hudud.

    Berkenaan isu blog hina Nabi Muhammad SAW... kita harus terus mengutuk dalang di sebalik blog ini. Kita tidak boleh berdiam diri. Kepada pihak polis, inilah masanya untuk membuktikan bahawa polis menjalankan tugas dengan baik dan bersungguh-sungguh. Jalankan siasatan terperinci supaya penjenayah siber ni harus dihukum...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?