Tuesday, December 02, 2008

Harga Minyak Turun 10 Sen Lagi

Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa 3 Disember 2008.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter, kata beliau.

Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minya sejak Ogos.

Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?