Tuesday, December 02, 2008

ISA tidak akan dipinda atau dihapus walau ada ugutan

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.

ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam, katanya.

"Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu K.Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan. "Keduadua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Selain itu, isu berhubung kebebasan dan peranan media serta hak asasi manusia turut dibincangkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

2 comments:

  1. gunakan ISA pada badut 2 sarkis yang merupai diri mu Hamid Botak !!

    ReplyDelete
  2. ISA tidak boleh dipinda kerana ia masih relevan dalam situasi-situasi tertentu terutama yang melibatkan ketenteraman awam...Bayangkan apa jadi jika ISA dimansuhkan, kemudian terjadi suatu yang tak diduga yang melibatkan ketenteraman negara terancam, masa tu barulah kita semua kelam kabut kerana tiada akta yang sesuai untuk diguna pakai...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?