BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.
Abang kepada wartawan itu, Durgham Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya, mengalami kecederaan tersebut ketika dikerumuni sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan atau ketika berada dalam tahanan.
Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.
Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.
Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya.
Durgham memberitahu bahawa Muntadar kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.
"Muntadar mengalami patah tangan dan beberapa tulang rusuk. Mata dan tangan adik saya juga luka," katanya.
"Adik saya kini ditahan oleh askar Iraq di bawah arahan penasihat keselamatan Iraq, Muaffaq al-Rubaie," ujarnya.
Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.
Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kalau kat mesia ni aku rasa tak payah balin kasut...paling koman teloq kemurok...ataupun taik lembu...
buat rogi ja kasot mahai2 balin kat pak lah or najib...dan hukuman koman2 kompom ISA 6 Tahun...
Semuga Zaidi tabah seperti Bilal bin Rabah...
TAKBIR3X...
............AV.....................
Post a Comment