Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu projek berkaitan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) digerakkan dengan lebih pantas lagi.
Perdana Menteri berkata kerjasama antara sektor awam, swasta dan institusi kewangan penting bagi memastikan perancangan projek berkaitan ECER direalisasikan lebih pantas demi kebaikan menyeluruh untuk rakyat.
"Berikan perhatian kepada peluang-peluang yang ada, apakah program yang boleh dilaksanakan, pendekatan yang perlu diambil dan infrastruktur apa yang perlu dibina bagi memajukan sektor agropolitan, teknologi, pelancongan dan pembangunan potensi maritim," katanya ketika berucap merasmikan seminar ECER yang bertemakan Merealisasikan ECER - Komitmen Bersama di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, wakil Menteri Besar Kelantan Datuk Husam Musa, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
TP - kah kah kah kah kah... UMNO/BN dah start kempen untuk Pilihanraya Kuala Terengganu... rakyat Terengganu boleh standby... segala bentuk bantuan yang gagal disalurkan selama ni akan sampai dengan kadar segera... dijangkakan bantuan akan tiba sebelum ianya diminta.
Pada Rakyat Terengganu, jangan lupa untuk tanya Pak Lah, mana perginya duit royalti minyak yang dijanjikan lepas PRU12 dulu. jangan dok wat senyap je... entah-entah dah langsai... UMNO/BN memang cukup cekap dalam bab langsai-melangsai ni...
Tanya jangan tak tanya...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
woiiiiiiii arge minyak dah lame turun .....buang jer la logo 'kami bantah kenaikan harge minyak' tu dah x relevan lagik....
dulu mase arge minyak naik cbuk membantah, skg bile dah turun x bersuara lgsg...inilah namanya manusia yg tak tau bersyukur...
hehehe,..tp ingat terengganu hj hadi/pas yg perintah,..
hehehe,.masih mimpi lagi rupanya
Post a Comment