Saturday, December 27, 2008

MP Kapar keluar PKR minggu ini? - malaysiakini

PETALING JAYA: Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

"Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR


Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

"Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

"Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya," kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA


Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

"Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu," katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR


Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN


Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata.

9 comments:

  1. Dia sedang bermain mata dengan DS Samy Veloo...Rebranded MIC.

    ReplyDelete
  2. Inilah kalau serpihan ahli BN tak habis habis nak bercekau.Kalau dan rebrand kena lah reformasi baru betul pakatan rakyat kuat.Tak seorang pun yang pandai dalam mana mana pertubuhan.Barulah bersatu teguh bercerai........

    ReplyDelete
  3. salam Bro"

    Pijahanamlah dengan PENGKUDIS seperti itu, buat rosak parti je..

    ReplyDelete
  4. salam bro TP,

    minta jasa baik bro untuk tukar link kakluna ke http://colourluna.blogspot.com.

    makacih..

    ReplyDelete
  5. inilah realiti politik malaysia..kalau dah kecewa lompat sana sini kononnya demi rakyat..weii manakavasigam,dulu ko dari BN kenapa tidak fikir 10 kali sebelum join PKR?kalau tahu menerima yang manis mesti tahu juga menelan apa yang pahit...kesian orang macam dia nii..

    ReplyDelete
  6. pkr masih mentah...jgn berlagak sombong....kononya parti terkuat dlm PR...cit...

    contohi Pas n DAP...cool n steady jek...main politik matang sket la...

    ReplyDelete
  7. Kalau dia nak lompat,lompatlah. Perlukah PKR layan seorang ini. Biar PKR cantasnya sekarang daripada ianya merebak.

    ReplyDelete
  8. Topeng perak,
    Kalau Manikavasagam pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti, itu menunjukkan dia sudah ada agenda yang tersembunyi.

    Pada kebiasaannya, ahli politik tidak akan berani mengeluarkan perkataan "letak jawatan", "keluar parti" dalam sidang akhbar, jika dia tidak diberi harapan dan pelindungan dari seseorang. Siapa orang itu, kita semua tidak tahu kecuali dia keluar parti.

    Bila dia sebagai pemimpin tidak menghormati ketuanya, bagaimana dia nak mengajar ahli patuh pada pemimpin...?

    Kini kita berharap ahli dan pemimpin PKR jangan rayu lagi orang hitam ini. Kita tunjukkan pada nya pintu keluar agar dia tidak keluar melalui tingkap.

    ReplyDelete
  9. kepada ANONY..27 DIS. 9.06PM.

    STEADYLAH BEB, GUA CAYA LU PUNYA POST NI. ITU MACAM AJE KASI HANTAN ITU ORANG, NAK GERTAK TAK TENTU PASAL, KELUAR AJELAH TAK PAYAH BUAT STATEMENT, NYAMPAHHH AKU...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?