Saturday, December 27, 2008

Tolak sentimen perkauman - malaysiakini

Rakyat diminta menolak sentimen perkauman yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu bagi menggugat keharmonian kaum yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata, cubaan menyemarakkan sentimen perkauman itu hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Keharmonian perpaduan jitu yang wujud di kalangan kaum di negara ini khususnya di Sabah merupakan benteng kepada apa jua dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk V.K Liew; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothy.

Menurut Dompok, amalan rumah terbuka pada setiap perayaan yang menjadi tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan kerana terbukti mampu mengeratkan hubungan antara kaum.

"Amalan rumah terbuka merupakan kekuatan bangsa Malaysia dalam mewujudkan persefahaman dan hubungan kukuh antara kaum sekali gus mengelak perbalahan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman," ujarnya.

1 comment:

  1. Memang sayang jika perpaduan di negara kita yang dah lama tersemai di jiwa rakyat Malaysia. Ia sepatutnya dibaja agar terus segar dan bukannya dimusnahkan. Kalau dulu negara kita dikenali sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk tapi kini ia semakin hilang...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?