Sunday, December 07, 2008

Operasi SAR Disambung Semula, Tumpuan Kesan Mangsa Terperangkap

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, disambung semula selepas dihentikan selama kira-kira tiga jam berikutan pergerakan kuat yang dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Soiman Jahid berkata operasi itu dimulakan semula pada pukul 9.30 pagi dengan tumpuan diberikan kepada mengenalpasti kedudukan sebenar mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap.

"Kita gunakan alat pengesan elektronik untuk mengesan kedudukan mangsa," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Soiman berkata operasi mengesan mangsa terperangkap itu akan mengambil masa kerana pasukan SAR perlu berhati-hati kerana pergerakan tanah masih berlaku memandangkan tapak tanah di kawasan kejadian tanah runtuh itu masih tidak stabil.

Selain itu, katanya runtuhan-runtuhan kecil dikesan masih berlaku di kawasan lereng-lereng bukit.

Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyulitkan operasi.

Hujan renyai-renyai turun pada pukul 9 pagi ini dan berhenti 45 minit kemudian.

Sebelum itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata operasi SAR itu perlu dihentikan sementara dari pukul 6.30 pagi berikutan pergerakan kuat itu.

Khalid berkata operasi SAR itu akan disambung semula setelah mendapat kebenaran Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?