Sunday, December 07, 2008

Polis: Mangsa dilaporkan hilang sebenarnya tidak wujud - malaysiakini

LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau maut dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi semalam.

Dengan itu polis juga mengesahkan mangsa yang disasarkan dalam operasi sejak semalam dan disambung semula sebentar tadi selepas ditangguhkan kira-kira empat jam, "sebenarnya tidak wujud."

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.

"Hanya kerja-kerja berat sahaja dihentikan kerana tanah tidak stabil," kata beliau pada sidang media terbaru sebentar tadi.

LOKASI tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa terus menjadi tumpuan orang ramai malam tadi.
Beliau menjelaskan, mangsa yang dilaporkan semalam sebenarnya "tidak wujud."

"Oleh itu kami percaya semua mangsa sama ada selamat atau tertimbus telah habis dikeluarkan.

"Siasatan juga dilakukan ke atas semua syarikat keselamatan dan mereka memaklumkan tiada staf keselamatan bekerja di kawasan itu hilang," katanya.

-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?