Sembilan orang terdiri daripada lima wanita dan empat lelaki terbunuh, manakala 19 orang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak di sini awal pagi ini.
Bagaimanapun, kesemua identiti penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Johor Baharu, itu masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Nasir Mohd Ali berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi ketika bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua.
Pemandu dan pemandu kedua adalah di antara mereka yang cedera, katanya.
Kesemua mereka yang cedera dan meninggal dunia dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Laporan awal menunjukkan, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan penumpang yang kebanyakannya sedang tidur cedera parah.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan pemandu kenderaan itu yang tersepit di tempat duduk kenderaan berkenaan yang remuk teruk.
Nasir dijangka mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ini untuk memberikan butiran lanjut.
Singh lupa kasik ingat penumpang bas pakai tali pelinggang
ReplyDelete