Wednesday, October 22, 2008

'Ramai jadi mangsa, tapi membisu'

kemaskini 7:24pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana Azmi.

"Sebagai mahasiswa, kami hadir di sini bukan untuk meraih simpati tetapi kami hadir supaya suara mahasiswa boleh didengar oleh seluruh masyarakat di seluruh negara."

zuraida pelajar upm 221008Nor Farhana Farzieana, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco Persatuan Mahasiswa Islam, muncul di lobi Parlimen hari ini, seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Mereka ditemani ahli parlimen Ampang dan juga ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Nur Shafiqa mendakwa terdapat berbelas-belas lagi pelajar yang disenaraikan perlu membuat rayuan untuk tinggal di asrama tetapi mereka ini tidak diminta keluar seperti kedua-duanya.

"Ada nama-nama lain (disenaraikan), tetapi nama-nama lain sengaja diletakkan untuk bagi tidak nampak macam untuk cover (menutup persoalan itu)," katanya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada seorang pegawai pengurusan asramanya Kolej Tun Perak, tiada penyingkiran pelajar pada semester ini kerana kemasukan ke kolej kediaman berkurangan.

"Beliau cakap, memang semester ini tidak akan ada (pelajar) yang dibuang. Tetapi oleh sebab kami diberi arahan untuk dibuang, maka diletakkan nama-nama lain untuk mengaburi," tambah Nur Shafiqa.

Nor Farhana Farzieana pula berkata mereka muncul untuk mendedahkan isu itu "tanpa tekanan dan campur tangan pihak lain."

"Inisiatif yang diambil ini adalah kesedaran diri kami bahawa mahasiswa bukan anak kecil yang boleh ditindas," katanya.

Mereka berharap ahli-ahli parlimen sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat agar tampil menyuarakan isu yang sama.

UPM petang ini membenarkan mereka kembali tinggal di asrama berkenaan sehingga tamat minggu peperiksaan "atas dasar prihatin."

Sementara Zuraida berkata, beliau berjanji memastikan kedua-dua pelajar itu dapat mengikuti peperiksaan dan memastikan keputusan mereka tidak dianiaya.

"Saya akan ambil tindakan susulan, bercakap dengan pengurusan (kolej) profesor madya Dr Jasni (Sabri) untuk tanya pendapatnya, untuk berlaku adil," katanya.

Zuraida juga mengesyaki penyingkiran pelajar itu berkaitan dengan pilihanraya kampus - yang dijangka diadakan awal tahun depan - kerana bergiat aktif bersama persatuan yang tidak pro-Aspirasi, kumpulan pelajar yang menyokong kerajaan.

-malaysiakini

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej

kemaskini 6:51pm Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" kini boleh kembali ke kolej itu setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

Naib canselornya Profesor Datuk Nik Mustapha Raja Abdullah membenarkan mereka terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir "atas dasar prihatin".

"Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan," jelas ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM Abdullah Arshad.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini petang ini [kenyataan lengkap di bawah], Abdullah berkata bagaimanapun kedua-duanya masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman.

Difahamkan keputusan terbaru itu - selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus - dicapai oleh UPM pagi ini.

farhana pelajar upm 221008Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi (foto kiri) dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

Dihubungi selepas keputusan rasmi itu, Nur Shafiqa berkata mereka belum membuat keputusan untuk kembali ke kolej.

"Barang-barang pun sudah dipindahkan, mungkin balik sekejap-sekejap," katanya.

Beliau masih tidak berpuashati dengan keputusan itu dengan alasan ia dibuat "seolah-olah hendak menutup kes ini."

"Surat (rasmi kebenaran tinggal semula) pun belum dikeluarkan, dan sebab pun tidak diberitahu," katanya, sambil menambah UPM telah memaklumkan keputusan itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang diarah keluar 15 Oktober lepas, mendedahkan nasib mereka di bangunan Parlimen hari ini dengan ditemani wakil rakyat PKR Zuraida Kamaruddin.

shafiqa pelajar upm 221008Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Manakala Persatuan Mahasiswa Islam UPM mendakwa, dengan penyingkiran dua mahasiswi ini, seolah-olah wujud usaha sistematik sejak tiga tahun lepas tidak membenarkan pemimpin dan ahli persatuan itu tinggal di asrama

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Kenyataan media UPM: Kes dua pelajar dibuang kolej

upm logoUniversiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kes dua pelajar yang dibuang oleh pihak pengurusan Kolej Tun Perak sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Oktober 2008.

UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.

Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.

Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).

Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.

Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.

Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.

Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.

Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.

Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.

Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.

Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.

Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.

Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009.


Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia

-malaysiakini

DUN Penanti Diisytihar Serambi Mekah Utara

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.

Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.

baca selanjutnya di [sini].

Usaha sistematik singkir pemimpin PMIUPM dari kolej?

kemaskini 2:53pm Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya seolah-olah menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah bahkan sampai ada yang dipermainkan dengan begitu hina oleh pihak pengurusan kolej."

"Kami bimbang perkara yang sama akan terus berulang dari satu generasi (pelajar) ke satu generasi yang lain sehingga ia menjadi satu permainan yang yang cukup menyeronokkan bagi sesetengah pihak," katanya, mengulas dua pelajar cemerlang UPM, seorang daripadanya exco PMIUPM, yang dibuang dari Kolej Tun Perak minggu lepas.

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti.

"Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi, yang dibuang kolej kediaman pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana.

Beliau, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco PMIUPM, muncul di depan ramai seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Kedua-duanya yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Safwan menyebut beberapa kes pembuangan kolej yang melibatkan anggota dan pemimpin PMIUPM.

Pada sesi semester 2006-2007, tiga exco wanita persatuan itu didakwa dikenakan tindakan "tanpa alasan yang kukuh.

"Sesi berikutnya, kata Mohd Safwan, seorang exco persatuannya Nor Fathiah Daud "dibuang kolej pada hari pendaftaran kemasukannya di Kolej Mohamad Rashid padahal segala urusan pembayaran yuran dan pemberian kunci bilik telah selesai."

"Sebelum itu, beliau dibuang dari Kolej Pendeta Zaaba tanpa alasan yang kukuh," katanya.

Presiden PMIUPM sesi lepas Mohd Shukri Fahmi Shukor dan seorang exconya Mohd Sulhi Waqiyuddin "dibuang kolej sebaik sahaja memenangi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UPM dengan alasan 'setelah maklumat pelajar dikemaskini, nama anda didapati tidak tersenarai untuk tinggal di kolej ini'."

"Kes-kes ini hanyalah secebis daripada episod sedih yang menimpa ahli PMIUPM. Banyak lagi kes-kes yang kami tidak sebut di sini," kata Mohd Safwan.

"Melihat kepada kes ini yang saya sifatkan sebagai menjadi-jadi dan semakin melampau, saya sebagai presiden baru PMIUPM, ingin membuat satu dimensi baru dengan mengambil keputusan nekad untuk mendedahkan kes ini ke pengetahuan umum dengan harapan nasib kami dapat dibela.

"Inilah realiti sebenar yang terpaksa kami hadapi sebagai mahasiswa."

Mohd Safwan menyeru ahli politik dan NGO memberikan "pembelaan" berhubung nasib yang mereka alami.

"Kehadiran kami di kampus hijau ini bukanlah untuk dianaktirikan, tetapi mengharapkan tunjuk ajar bagi kami memimpin masyarakat pada suatu hari nanti," tambahnya.

-malaysiakini

Kabinet Mangkuk Hayun, Taiwan & Thailand

BANGKOK, 22 Okt (Bernama) -- Walaupun pertanian menjadi sektor utama Malaysia, negara masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran hasil pertanian untuk menampung keperluan sendiri.

Dengan anugerah tanah yang subur, iklim bersesuaian, tenaga kerja ramai, berkemampuan dan diiringi kedudukan ekonomi serta politik yang stabil, belum cukup untuk dijadikan pengukur kejayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dengan sebenar-benarnya slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".

"Kita boleh pelajari dari Thailand", itu adalah kesimpulan yang diperoleh hasil lawatan selama empat hari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed ke negara jiran itu.

TP - Kan aku dah cakap Kabinet Malaysia memang kabinet mangkuk hayun... Bulan lepas yang pi sampai ke Taiwan habaq dekat rakyat pi timba ilmu pertanian tu menatang hapa???

Aku tak banyak masa nak komen panjang-panjang, lagipun korang pun tau nak pikiaq sendiri kan?

Pak Lah - Ketua Kabinet Mangkuk Hayun.