Tuesday, November 04, 2008

Pakej Rangsangan RM7 Billion Untuk Kukuhkan Ekonomi

Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Najib juga berkata kadar inflasi pada 2009 dijangka berada pada tahap 3 hingga 4 peratus, jika harga minyak dunia kekal dalam aliran menurun seperti sekarang.

Beliau berkata defisit fiskal kerajaan bagi 2009 masih pada tahap yang terkawal, yang dianggarkan sebanyak 4.8 peratus, memandangkan kerajaan memilih untuk terus menyediakan bajet yang mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi, yang tahap ini serupa dengan anggaran defisit tahun 2009.

"Defisit 4.8 peratus ini bersifat sementara, dalam lingkungan yang munasabah memandangkan negara mempunyai mudah tunai yang mencukupi untuk meminjam daripada pelbagai sumber dalaman," katanya.

"Kerajaan akan mengamalkan dasar "pengembangan" seperti yang diamalkan oleh negara-negara lain pada masa kini.

Mulai Februari 2009, Najib berkata biodiesel akan digunakan, bermula dengan kenderaan-kenderaan kerajaan, diikuti sektor industri dan pengangkutan.

Adunan itu dianggarkan memerlukan 500,000 tan minyak sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya pada awal 2010, katanya.

Bagi mengurangkan kos input pertanian terutama baja, kerajaan bersetuju memansuhkan duti import sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas tujuh jenis baja.

Ini adalah tambahan kepada pemansuhan duti import ke atas satu jenis baja semasa pembentangan Bajet 2009.

Menerusi langkah itu semua baja mineral yang diimport tidak lagi dikenakan duti, kata Najib.

Beliau juga berkata selari dengan penurunan harga minyak mentah, industri pengeluar baja tempatan bersetuju membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja serta-merta, katanya.

Najib berkata pembentangan Bajet 2009 yang lepas telah mengambilkira dan mengunjurkan senario global yang mencabar bagi tahun 2009.

Namun, perubahan perkembangan ekonomi global yang mendadak sejak akhir-akhir ini memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk menangani kesan daripada krisis global semasa.

"Keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa ataupun dengan izin, "extraordinary times, require extraordinary measures", katanya.

"Perlu ditekankan bahawa jumlah perbelanjaan yang dibentang pada Bajet 2009 masih tidak berubah. Segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalah hasil penjimatan daripada subsidi minyak," katanya.

Dalam strategi melaksanakan dasar fiskal yang mengembang, Najib berkata kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan tujuan untuk memberi keutamaan kepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah.

Ini akan dilaksanakan tanpa menjejaskan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun 2009 sebelum ini.

Sebagai contoh, Kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh digunakan bagi projek pembangunan yang lain, kata Najib.

Bagi meningkatkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta untuk empat kumpulan sekolah - RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk sekolah mubaligh, RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta SJK Tamil.

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi mewujudkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutama di Koridor-koridor Pembangunan Wilayah.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam, khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama memandangkan kos sara hidup di bandar adalah tinggi, termasuk untuk menampung kos pengangkutan.

Najib juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menubuhkan Dana Pelaburan bagi menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta dengan tumpuan diberikan terhadap sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan.

Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur.

Pendekatan itu berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi termasuk pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang, katanya.

Najib juga berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, dengan menyediakan perkhidmatan ini kepada 300,000 premis, terutama di Lembah Klang dan kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim, menjelang akhir 2009.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian berkaitan, katanya, selain RM100 juta untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru.

Antara program yang akan disediakan ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung Orang Asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata bagi menggerakkan semula projek perumahan terbengkalai di kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM200 juta ringgit.

Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), katanya.

Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menambah bilangan premis perniagaan, di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil terpilih di seluruh negara.

"Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," kata Najib.

Bagi melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, Najib juga berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

"Ini termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas prasekolah," katanya.

Najib berkata kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (PMU) menerusi Kementerian Kewangan bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, bagi memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan.

Ini kerana kerajaan sedar bahawa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan bertindak dalam melaksanakan semua program yang baru disebutkan itu sangat kritikal.

"Tumpuan akan diberi terhadap projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.

Unit ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan dan dianggotai para pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan syarikat berkaitan kerajaan terpilih, kata Najib.

Kerajaan bercadang menggunakan kaedah baru iaitu dengan memanggil tender terbuka yang melibatkan sektor swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memajukan tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan.

Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan dijangka memperoleh pendapatan yang besar.

Kerajaan akan mengenal pasti aset-aset dalam bentuk tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan menerusi inisiatif ini, termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur, kata Najib.

Kerajaan juga yakin dapat mencapai sasaran 110,000 orang yang akan mendapat bantuan kebajikan bulanan yang diumumkan pada Bajet 2009.

Najib juga berkata kerajaan akan membenarkan pekerja mengurangkan potongan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun mulai 1 Jan 2009, bagi menambah pendapatan boleh guna pekerja.

Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan akan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta iaitu RM60,000-RM70,000 bagi gred JUSA, RM55,000-RM65,000 untuk gred 41 hingga 54 dan RM45,000-RM55,000 untuk kumpulan sokongan.

Pekerja yang sudah membuat pinjaman perumahan, kini mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman mereka sehingga 30 tahun berbanding 25 tahun pada masa ini.

Kerajaan juga akan meliberalisasikan sektor perkhidmatan mengikut Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS), dengan semua sektor perkhidmatan akan dibuka kepada pegangan asing sehingga 70 peratus pada 2015.

Antara sektor yang akan dibuka termasuk logistik, aktiviti tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor pengajian tinggi.

Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, kerajaan akan memansuhkan duti import simen dan keluaran besi keluli panjang untuk sektor pembinaan dan pembuatan.

"Di samping itu, semua permit import (AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan," katanya.

Kerajaan juga akan membenarkan individu atau entiti asing membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing, dengan syarat hartanah tersebut untuk kegunaan sendiri.

"Langkah ini bertujuan menggalakkan pelaburan, terutama pembangunan sektor hartanah negara," kata Najib.

Permit kerja yang pada masa ini diberi kepada majikan, juga diberi secara langsung kepada pekerja terbabit bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan.

Kerajaan juga akan mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan kritikal dan diperlukan dalam sektor awam.

Pada masa ini terdapat 18,000 kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam.

Najib berkata Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit bagi membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil.

Kerajaan juga menyediakan dana modal pusingan RM100 juta untuk Program Kewangan Mikro Bandar.

Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama yang dilaksanakan di kawasan luar bandar, kata Najib.

Kerajaan juga akan memastikan sebahagian besar perolehan kerajaan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad bagi melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat nilai untuk wang.

Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak bumiputera juga akan ditenderkan melalui bidaan kompetitif dalam kalangan syarikat-syarikat bumiputera, kata Najib.

Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar ini, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat, di dalam atau luar negeri, sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini ditangani dengan jayanya.

"Kita perlu belajar daripada pengalaman lepas, di mana kita berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat," katanya.

-Bernama

UMNO Pertubuhan Kongsi Gelap???

Sembilan ahli politik Umno di Kedah sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan mesyuarat perwakilan Umno Kedah sejak sebulan lalu.

Kah kah kah kah kah...ahli UMNO kena siasat dek BPR?aku tak caya...

Menurut laporan-laporan media, pengarah BPR negeri Nooraziah Abdul Manaf berkata, sembilan kes berprofil tinggi itu dibuka daripada 51 fail sepanjang tempoh Januari hingga semalam.

Aik 9 je bukak? lagi 42 apa cerita?

Beliau berkata, siasatan sukar dilakukan kerana saksi enggan tampil memberikan maklumat kerana takut dengan pemimpin Umno terbabit, lapor laman web Berita Harian.

Ooo...lagi 42 tak dapat bukak sebab "takut dengan pemimpin UMNO terbabit" kot...dasat betul la...UMNO ni pertubuhan politik ke pertubuhan Kongsi Gelap???

Bagaimanapun Star Online melaporkan, Nooraziah enggan mendedahkan parti terbabit dan nama-nama ahli politik berkenaan.

Sebab apa pulak tak nak dedah? "takut dengan pemimpin UMNO terbabit" jugak ke?

UMNO ni pertubuhan apa? pertubuhan Kongsi Gelap berdaftar ke Pertubuhan Parti Politik???

Ish.........

Rosmah Sahajakah? - ref malaysiakini

Dalam Malaysiakini Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Selangor menggantikan isteri timbalan perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Bagi aku pulak, Pemuda Pakatan Rakyat Selangor atau lebih baik lagi Pemuda Pakatan Rakyat seluruh Malaysia bersatu mendesak agar semua Universiti mengkaji semula status semua pemegang jawatan tertinggi didalam institusi ilmu yang dinaungi masing-masing.

Sehingga kehari ini, berapa ramai pemegang jawatan tertinggi di Universiti-universiti tempatan adalah mereka-mereka yang terbabit didalam politik secara langsung atau tidak langsung?

Rasanya lebih dari separuh Universiti tempatan melantik mereka-mereka yang terbabit dalam politik.atas dasar apa sebenarnya mereka-mereka ini dilantik memegang jawatan tersebut?

Atas dasar intergriti, kelayakan dalam bidang ilmu atau kerana pengaruh?

Kalau atas dasar pengaruh bagi aku ianya tidak akan membawa apa-apa kebaikan walau sezarah pun.lihat apa yang terjadi pada Universiti-Universiti tempatan hari ini?hampir kesemuanya gagal mendidik anak-anak muda mengikut apa yang berlaku 20 tahun dulu.

Kalau kita lihat lepasan-lepasan U 20 tahun lepas dengan lepasan U zaman sekarang bezanya macam langit dengan bumi.tiada sifat berdikari, kreatif hanya pada perkara-perkara yang merugikan, ilmunya jugak tidak seperti kebanyakan mereka-mereka yang layak dipanggil lepasan U.

Semua tu berlaku sebab apa?sebab yang berada diatas tidak boleh menunjukkan contoh yang baik untuk dicontohi oleh para pelajar U.apa yang ditonjolkan hanyalah perkara-perkara yang berkaitan dengan politik.

Dah lah tak dapat nak tunjuk contoh yang baik, idea untuk mengembangkan Universiti bawah naungan pun tak ada.kalau adapun semuanya yang melibatkan RM RM RM RM dan RM...kalau tak dak RM, maka dok diam-diam sepanjang tahun dan timbul balik masa majlis konvo dengan teks ucapan hasil kerja seketary...

Idea sendiri? hampasss......

Itu yang nak dicontohi olah anak-anak muda sekarang?

Untuk pelajar-pelajar UNISEL pulak, apa contoh yang baik yang dapat kamu perolehi dari Rosmah?Berbelanja besar diluar negara?masa depan jenis apa tu?

'Build first, approve later' policy

From malaysiakini

Penang has implemented a 'build first, approve later' policy to expedite construction of factories in its industrial zones.

This is part of the incentives to boost industrial growth and expand employment opportunities across the state.

Under this policy, local authorities will relax red tapes and allow investors - locals and foreigners - to build factories while their building plans are being processed.

lim guan engThis will cut time and costs for investors - therefore increasing Penang’s attractiveness - according to Chief Minister Lim Guan Eng. The leader believes investments will increase jobs, which will be a boon for the state.

Lim understands that this policy which is restricted for industrial premises will face objections from citizen interests groups - since factory buildings have to comply with guidelines and specifications stipulated by local authorities in order to obtain occupational certificates (OC).

The chief minister assured that while the OC and approval will come later, the investors still have to submit their project plans and receive initial consent from local councils. Construction can only commence after this.

"Of course investors must comply with the rules and regulations. Otherwise local municipalities will reject their building plans eventually and will not issue OCs.

"Construction of their factories definitely must meet local building guidelines and specifications," he told newsmen during a press announcement by new American investor National Instruments (Nati) in George Town.

Nati To Employ 1,500 Staff

The industrial sector is the cornerstone of Penang's economic growth since the 1970s, forming more than 40 percent of the state's gross domestic product and providing jobs to many in Penang and neighbouring states.

Nati's US$80 million investment for a research and development and operations facility in the Bayan Lepas Industry Zone will cover a seven-year period to 2015.

The information technology hardware and software manufacturer - once their plant is fully operational - will employ 1,500 people and account for 40 percent of Nati’s global production, making it the company’s growth engine.

Nati CFO and senior vice-president (manufacturing and IT operations) Alex Davern said Penang was chosen ahead of other options worldwide - including high-profile Singapore.

Penang was chosen for its high quality infrastructure system, business friendly governance, professionalism of the Federal Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and the island state’s proud track record of luring and maintaining long-term foreign investments, especially from US.

Other attractive factors were the country's high quality tertiary education system, sizeable pool of technically talented manpower, including skilled engineers and IT professionals and proficiency in the English language.

Davern said the company was here for the long run and would consider ties with energetic small and medium businesses.

YB.Amirudin: Jangan "Keterlaluan". - malaysiakini

Quot "Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008."

Ayat dekat atas tu aku petik dari artikel dalam blog YB.Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) artikel bertajuk Replika DSAI di turunkan akhirnya.

Kenapa pulak aku cuma bold beberapa patah perkataan je?

Sebabnya aku tak setuju dengan cara YB.Amirudin yang bagi aku "keterlaluan".

Disebut oleh aku "keterlaluan" bila YB.Amirudin pada pendapat aku bertindak "tidak matang" apabila melabelkan Mufti Perlis sebagai "kebudak-budakkan".

Bagi aku kenyataan tu bersifat "angkuh".YB.Amirudin tak perlu bersikap angkuh semata-mata kerana kenyataan Mufti Perlis itu tidak sehaluan dengan apa yang YB.Amirudin lakukan.

Sebagai YB muda, YB perlu belajar menghormati setiap kenyataan dari seorang mufti.saya percaya apa yang dinyatakan oleh tuan mufti tempohari adalah berdasarkan ilmu yang telah dipelajarinya dan bukannya menyebelahi mana-mana parti politik.

Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh YB seharusnya secara bermoral.bukan dengan melabel terus tuan mufti sebagai "budak-budak".seorang YB seharusnya mengeluarkan kenyataan (walaupun didalam blog) secara berhemah dan juga dengan hujah yang menyokong kenyataan YB.

Kenyataan YB yang saya sokong 1001% peratus ialah sikap "kebudak-budakkan UMNO/BN" tetapi tidak "dan mufti Perlis".

Harap YB lebih berhati-hati dilain kali dan rasanya YB perlu mohon maaf pada tuan mufti atas kenyataan "kebudak-budakkan"YB.

Malaysiakini - RTM Telus???

Kata Mat Shaberry - Isu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan pandangan atau kritikan anggota Parlimen pembangkang terhadap kerajaan sebenarnya tidak timbul langsung.

Kata aku pulak, memang la tak timbul langsung sebab selama ni Radio Televisyen Malaysia (RTM) tak pernah siarkan semua tu.kalau yang disiarkan pun, semuanya dah diedit supaya kenyataan tu jadik "kenyataan jahat".

Yang dipersoalkan ialah ketelusan RTM dalam menyiarkan apa-apa laporan dari pihak pembangkang sebab apa yang berlaku selama ini ialah setiap laporan dari pihak pembangkang selalunya diputar belit oleh pihak editor penyiaran.

Bial dah diedit setiap rakaman dan ucapan maka yang keluarnya ialah "filem" dan bukannya laporan berita.layaknya dipanggil "filem" sebab berita yang keluar diedit supaya akan menimbulkan ketidak stabilan politik ataupun hanya akan menguntungkan pihak KERAjaan yang memerintah.

Diedit sebegitu rupa supaya ianya menjadi isu bagi pihak KERAjaan yang memerintah mengkudakan kenyataan yang diedit dengan niat memburukkan parti pembangkang.

Bagi pihak KERAjaan yang memerintah pulak kebanyakan yang disiarkan hanya yang bagus-bagus sahaja seolahnya parti yang membentuk KERAjaan pusat ialah satu parti yang "maksum" dan tidak pernah membuat silap.

Kalau ada isu-isu panas dari pihak KERAjaan memang ada disiarkan dalam RTM itupun setelah tak upaya lagi nak tutup.dalam hal ni jugak RTM tak pernah bersikap "neutral".setiap komen yang disiarkan semuanya yang "memuji" KERAjaan.nak cakap kenyataan yang kondem pun disiarkan oleh RTM?boleh belah la...aku cabar sape-sape yang buktikan yang RTM pernah siarkan kenyataan yang hentam KERAjaan.

Tak payah ambik banyak contoh la...kita ambik contoh isu ladang khinxir moden dulu.berapa banyak kenyataan yang tak menyebelahi KERAjaan yang RTM siarkan?tak dak langsung...!!!tapi kalau bukak berita BERNAMA baru kita tau bahawa ada jugak suara-suara yang menyokong keputusan kerajaan negeri Selangor.

RTM? Radio Televisyen MENIPU...!!!

Saf Di Masjid Al Nabawi Mulai Penuh, Musim Haji 1429 Bermula

MADINAH, 4 Nov (Bernama) -- Saf (barisan) di Masjid Nabawi mulai hampir dipenuhi jemaah setiap kali solat fardhu lima waktu, bas berduyun-duyun memasuki kota suci ini, dan hotel serta rumah penginapan di sekitarnya penuh - ini tandanya musim haji 1429 Hijrah sudah bermula.

Mereka ke sini bukan sahaja untuk mendirikan solat dan berdoa di Masjid Nabawi, masjid kedua termulia selepas Masjidil Haram di Mekah, tetapi juga kerana menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w di situ serta makam tiga khalifah Islam -- Saidina Abu Bakar, Omar Al Khatab dan Uthman Ibnu Affan di sebelahnya.

Justeru itu Kota Suci Madinah, di mana juga terdapat Masjid Qubaa, masjid pertama didirikan pada zaman Rasullullah, menjadi destinasi ziarah bagi sebahagian daripada berjuta-juta jemaah haji yang bakal bermukim di Tanah Suci Mekah sebelum wukuf di Arafah pada awal Disember akan datang.

"Apabila anda melihat banyak orang Turki, Tanah Jawi dan dari benua India di Masjid Nabawi, itu tandanya awal bulan Haji sahaja sudah datang," kata seorang rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di Arab Saudi.

Jemaah haji terdiri daripada rakyat Malaysia sudah mulai banyak di Madinah sejak hujung minggu lalu antara berpuluh ribu jemaah haji pelbagai bangsa dan budaya kelihatan berulang alik antara penginapan dan Masjid Nabi itu lima kali sehari untuk melakukan solat fardhu.

Beribu-ribu lagi sedang memasuki kota kedamaian ini melalui jalan darat dan udara setiap detik dan beribu-ribu yang lain yang sudah tinggal rata-rata lapan hari di sini dan melakukan solat 40 waktu (solat Arbain), keluar menuju Mekah.

Meskipun sebahagiannya sudah berusia lanjut dan fizikal mereka kelihatan lemah, namun mereka sanggup berjalan berbatu-batu sehari kerana mahu mendirikan solat fardhu 40 waktu yang dianjurkan oleh Islam bagi jemaah haji.

Tabung Haji Malaysia, menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Ab. Mubin, yang juga Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji sedaya upaya menampung supaya sebahagian jemaah haji Malaysia masuk ke Arab Saudi langsung ke Madinah untuk melakukan ziarah.

Tabung Haji mengatur program ziarah ke makam Rasulullah dan sahabat serta tempat lain bagi jemaah haji Malaysia, katanya.

"Kita berharap kehadiran mereka sembilan hari di Kota Suci ini memberi mereka kesempatan untuk menghayati suasana dan cara hidup orang Islam di sini, lebih-lebih lagi para sahabat Rasulullah yang menjalani kehidupan baik," katanya.

"Apabila mereka kembali ke tanah air, kita berharap mereka dapat menyebarkan cara hidup Islam kepada masyarakat," katanya.

Mohd Salleh berkata cuaca di Madinah tahun ini kini agak sejuk dan dijangka bertambah sejuk terutama di waktu subuh dan malam dan beliau menasihatkan para jemaah Malaysia membawa pakaian yang sesuai.

Madinah yang jarang menikmati hujan, hujung minggu mengalami hujan tetapi cuaca hari ini cerah namun suhu dilaporkan sekitar 20 darjah celcius dan berangin.

Katanya untuk menjaga tahap kesihatan jemaah haji Tabung Haji menitikberat mutu makanan yang disajikan dengan mengikat kontrak katering dengan hotel-hotel di mana mereka ditempatkan.

Setiap Gen Melayu Adalah Bangang...

"Dia mcm padi la. Banyak jenis. Benih jenis Melayu kureng sket...."

Oleh :
AdukaTaruna

Hamba nak cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. Kita cakap apa pun, tapi Melayu tetap Melayu. Kita ni sebenarnya amat hina. Macamana kita memandang rendah pada kaum peribumi, begitulah bangsa-bangsa utama dunia memandang kita. Malah lebih teruk lagi.

Kita lihat orang asli itu kuno, tak boleh harap, buat itu, buat ini pun tak boleh, dhaif, jumud dan sebagainya. Tapi begitulah bangsa ini terutama bangsa Cina memandang kita. Janji Melayu, pemalas, penagih, pemabuk, berfoya-foya, biar papa asal bergaya. Sebab itu di Malaysia, pertumbuhan Islam agak lambat dari negara-negara maju. Sebab mereka ingat Islam itu Melayu!

Melayu. Kita mana ada bahasa. Kita mana ada tulisan. Malah tulisan Jawi yang dipupuskan UMNO itu pun, adalah evolusi dari tulisan Arab. Sekarang ini kita meminjam tulisan rumi. Rome. Hamba taip ni pun keyboard rumi.

Pengiraan. Matematik. Bangsa lain mempunyai satu suku kata untuk satu nombor. One untuk 1 (english). E untuk 1 (cina). SA-TU untuk 1. Kita guna 2 suku kata. Itu belum masuk SEM-BI-LAN untuk 9. Membazir, satu penciptaan sebutan nombor matematik yang BANGANG oleh Melayu.

Cabang Ilmu. Mana ada Melayu yang mencipta teknologi atau cabang ilmu. Macam Ibnu Sinar, Ibnu Kaldun, Al-Khawarizmi. Semua Parsi dan Arab. Orang Putih dan China. (termasuk Jepun dan Korea)

Bila ALLAH takdirkan Melayu beragama Islam bernama Mokhtar (peguam yang amat genius) mengubah sistem nombor Melayu dengan sistem Mokhdar. Maka Melayu menentang atas alasan warisan bangsa. Sedang Jawi yang warisan bangsa itu dipupuskan. Jika kita mengambil Islam, benda yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat wajib diamalkan, disampaikan. Tapi bila kita ambil Melayu ......... Erm.... BANGANG lagi......

Kemudian, ALLAH takdirkan seorang Islam berbangsa Melayu. Budak lagi. Tapi genius tahap profesor matematik universiti. Menyalaklah pemimpin-pemimpin Melayu ini, ada yang kata ia perlu ikut silibus yang ada, ada yang kata perlu ubah silibus, ada yang tumpang semangkuk. Diusung budak kecil itu ke seluruh negara. Sudah macam pertunjukkan bangsawan pula. Tapi cuba budak yang bijak tadi mengkritik pemerintahan Melayu kerana kegeniusannya. Mesti budak tadi dikecam, dihina. Maka kisah budak yang dibunuh oleh Sultan Melayu kerana genius mencadangkan batang pisang bagi menghalang Temasik dilanggar todak pun bermula semula ....... BANGANGNYA Melayu ....... Hamba pon sama ....... Bilalah nak ambil Islam sepenuhnya .......

Murtad. Satu isu yang amat menusuk jiwa mukmin. Malaysia adalah negara sekular. Pemerintahnya, Melayu. Ia tidak menghalang orang Islam menukar agama mereka. Undang-undang digubal di Parlimen. Untuk menggubal satu-satu undang-undang, parlimen memerlukan majoriti setuju.

Contoh. Parlimen ada 9 kerusi. YB Ayam mahu undang-undang buang sampah dikenakan denda kerja-kerja amal. YB Itik pula membangkang. Itu hak asasi individu la nak buang sampah merata-rata. (kata YB Itik). Kemudian YB Itik dan YB Ayam berhujah di parlimen.

Dipendekkan cerita YB Itik menang. Parlimen dengan majoriti 5/9 kerusi menyokong hujah YB Itik.

Tukar isu. Sampah kepada murtad. Pembangkang mahu undang-undang murtad diwartakan. Itu dahulu jika tidak mahu undang-undang ALLAH. Hudud. Macam cerita tadi. Orang Melayu yang hamba sebutkan BANGANG (hamba termasuk sekali) telah menghantar satu parti secara 2/3 majoriti parlimen. Maknanya tiadalah keseimbangan. Check & Balance. Mereka gubal la undang-undang sesuka hati. Sure diluluskan. Sebab majoriti mereka pegang. Antara yang diluluskan.....

Murtad, mencabar mahkamah syariah, ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak, menukar Polis di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah Yang Dipertuan Agong), BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah parlimen), mengundi masih guna pensil, tidak menjelup jari ke dalam dakwat sesudah mengundi (so boleh mengundi lebih dari sekali), tidak memberi pembangkang media walaupun saluran berbayar, membenarkan pendaratan kapal pembunuh umat Islam (kapal perang Dajjal USA) mendarat di negara ketua OIC, menaikkan harga barang-barang, uih penat jari nak taip. Tapi Bangsa Melayu tetap BANGANG.

Perdana Menteri pula haruslah di undi oleh setiap umat Islam. Mana ada negara macam Malaysia. PM nya diundi oleh perwakilan. Perwakilan sekular kebangsaan pula tu. Jika perwakilannya berjumlah 300. USA dan Israel membeli satu perwakilan hanya RM1 juta setiap satu, maka hanya dengan RM151 juta sudah memadai untuk membeli PM Malaysia sekaligus membeli Malaysia. Tukar pula RM dalam Dolar, brapa sen sangat.

Tapi mengapa ianya tidak berlaku? Sebab sebenarnya kita (MELAYU) sudah pun tunduk tanpa perlu dibeli. Lebih hina dari dibeli. Tunduk sendiri. Sekali lagi BANGANGNYA MELAYU. Uih kenyang orang Melayu dengan BANGANG ini.

Berdesingkah telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Bila ada isu ini, selalu penulisnya akan dimaki. Habis penulis itu apa, kalau bukan Melayu. Meludah ke langit la, cermin diri sendiri la. Tapi itulah hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas, bohdoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku sebenarnya.

"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu.

Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim.

Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Neuklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau daya penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia? Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan.

Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BOHDOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!...........

Tapi....... Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BOHDOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bohdoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah sultan MELAYU.

Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. MaT Kilau? Melarikan diri? Apa hukum mereka yang melarikan diri dalam fisabilillah dalam Islam? Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu..... Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, kita tidak berjuang atas akidah MELAYU!

Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar.

Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya? Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita (wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman (belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak terajang politik bangsa Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu ini bersuara? Sebaliknya mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu. Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bohdoh ini terus bohdoh bertingkat-tingkat.

Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa mereka sendiri.

Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap) di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Ayah kepada beberapa anak dipenjarakan bertahun-tahun tanpa peluang dibucarakan. Suami kepada seorang isteri yang tabah menghadapi ujian dunia? Bukannya seorang tetapi beribu-ribu orang Islam sejak nasionalis Melayu memerintah. Pedih untuk dihuraikan.

Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP BOHDOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.

Inilah Pemikiran Semulajadi Bohdoh Bangsa Melayu. Lawan UMNO = Lawan Malaysia?

Setiap pilihanraya UMNO menggunakan....

1. Setiap inci Agensi kerajaan. (Jabatan Pendidikan, Kebajikan, etc)

2. Setiap ruang media. (cetak, elektronik)

3. Polis. (Polis kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Yang Dipertuan Agong. Ish, bodohnya bangsa Melayu)

4. BPR. (BPR kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Parlimen. Ish, bodohnya bangsa Melayu. Buat tak tahu atau memang tak tahu atau tak mahu tahu?)

5. FRU.

6. SPR. (sepatutnya menjadi pengadil, kini, menjadi pemain untuk UMNO. Alahai Melayu)

7. Peruntukan kerajaan. Isu pembangunan. (itu dah jadi tanggungjawab mana-mana pemerintah la. Lagi pun rakyat bayar, bukan percuma. Takkan BN memerintah, FELDA pula nak bagi api air, atau Pekida pula sediakan jalan raya, atau PAS pula sediakan jambatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka perlu mencipta istilah yang sesuai bagi menggambar tahap kebodohan Melayu ini. Amat teramat)

8. Menggugut. (menganaktirikan rakyat / kawasan yang memilih pembangkang. Padahal, kerajaan adalah kerajaan, parti adalah parti. Bila parti sudah membentuk kerajaan, maka, setiap rakyat perlu diadili dengan adil. Ish. Tolonglah DBP. Ciptalah satu istilah.)

9. Memenjara mereka yang mengatakan benar. (ISA, AUKU, OSA, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan)

10. Pecat.

Alahai Melayu. Bangsa lain lebih cerdik dari kamu. Kamu memerlukan Islam dalam setiap inci kehidupan kamu, supaya kebodohan kamu dipelihara / dilindungi ALLAH.

Bohdoh boleh membuatkan kita menolak ALLAH. Cerdik boleh membuatkan kita menolak ALLAH.

Jika Yahudi menolak ALLAH kerana kecerdikannya, Melayu menolak ALLAH kerana terlalu-lalu bohdoh.

Melayu tidak pernah terbabit dalam mana-mana empayar dunia. Tidak pernah terbabit dalam penciptaan teknologi atau cabang ilmu seperti Ibnu Sinar, Khawarizmi. Melayu dijajah berkali kali oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, Belanda, Portugis, Inggeris, Syarikat Hindia Timur (syarikat pon boleh jajah gak, hinanya) Brtish, Jepun, Komunis, Bintang Tiga, Dan British kembali.

Jika tidak kerana British Melayu sudah diperintah oleh Cina melalui gerakan komunis mereka.

Ah... Melayu. Bila lah nak peluk Islam sepenuhnya.

Jadi.... Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah......! Peduli apa aku......! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya..... Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran....nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya......"

Ahhh... BANGANGNYA BANGSA MELAYU.

Betulke PKNS Bantu Orang Melayu?

Punyalah heboh satu kampung kononnya MB Selangor sudah khianat pada orang Melayu kerana sudah melantik Madam Low sebagai Pengurus Besar PKNS. Saya telah merujuk kepada kawan saya yang bekerja di pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

Rupanya selama ini PKNS telah mendiskriminasi kontraktor Bumiputra. Misalnya, dalam projek pembangunan Kota Damansara, segala tempat yang bernilai tinggi, telah diberikan oleh PKNS kepada kontraktor bukan-bumiputra. Kontraktor Melayu hanya mendapat projek membina rumah murah dan projek bermasalah.

Semua ini berlaku semasa PKNS di"perintah" oleh Melayu dan kerajaan BN Selangor dipimpin oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Hairannya, orang yang sama ini juga heboh satu negeri membantah perlantikan Madam Low tetapi membisu seribu bahasa apabila kontraktor Bumiputra didiskriminasi oleh PKNS.

Wahai Khir Toyo, Satim Diman, Rahman Palil, Bushra Mat Johor dsbnya, mana suara kamu semasa kontraktor Melayu didiskriminasi oleh PKNS semasa projek pembangunan PKNS?

Malahan mengikut sumber saya yang lain, 75% kontraktor PKNS adalah dari kalangan bukan Bumiputra. Saya berpendapat, di bawah Madam Low, kontraktor Bumiputra akan lebih terbela dan akan berjaya mendapat bahagian yang lebih besar berbanding di bawah orang Melayu.

Tan Sri Khalid setuju melantik Madam Low kerana sewaktu Tan Sri bermesyurat dengan "kepimpinan" PKNS, hanya Madam Low sahaja yang berani menjawab soalan2 beliau. Ahli Lembaga Pengarah yang lain semuanya membisu seribu bahasa. Juga, Tan Sri berkata bahawa hanya Madam Low tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam anak-anak syarikat PKNS.

Dengan kata lain, hanya Madam Low sahaja yang dapat menyakinkan Tan Sri Khalid akan kebersihan beliau.

Sekiranya PKNS bersih dan amanah, nescaya harga rumah di Selangor berada 30% di bawah nilai yang ada sekarang.

Malangnya PKNS digunakan untuk mengayakan pimpinan2 UMNO Putra dengan bantuan kontraktor2 bukan bumiputra. Orang Melayu di Selangor secara umum hanya mampu dapat sekam sahaja. Orang lain yang dapat makan beras.

-Tulang Besi

Berita Internet Dan Blog Tidak Semestinya Tidak Salah, Kata Shabery

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sungguhpun berita online lebih popular di kalangan golongan muda Malaysia pada masa ini ekoran ia memuatkan maklumat terkini dan menjadi forum perbincangan interaktif, tetapi ia juga mempunyai kelemahan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Adakalanya, berita Internet atau blog adalah nakal dan digunakan sebagai wadah untuk menyebarkan khabar angin dan bukannya berita yang betul," katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen keempat University of Ballarat cawangan Malaysia di sini, Isnin.

"Saya teringat akan kata-kata G M Travelyan, sejarawan berbangsa Inggeris dan saya petik kata-kata itu: 'Education has produced a vast population able to read but unable to distinguish what is worth reading' (Pendidikan berjaya mengeluarkan sebilangan besar populasi yang boleh membaca tetapi tidak dapat membezakan apa yang bernilai untuk dibaca)."

"Ini menimbulkan persoalan mengenai sama ada graduan berjaya memperoleh pengetahuan yang tidak diajar dalam kursus formal yang juga sama penting.

"Saya merujuk kepada kualiti keperibadian seperti sifat penyayang, beretika dan bertanggungjawab dalam semua yang kita lakukan dan dalam semua yang kita lihat dan baca dan bagaimana kita menampilkan diri kita dalam ucapan dan tulisan," kata Shabery yang segak mengenakan jubah.

Beliau berkata adalah penting bagi seseorang untuk dapat mengenal pasti dan membezakan antara apa yang patut dibaca dan apa yang cenderung untuk memperdaya.

Shabery juga menyentuh mengenai pentingnya Malaysia membangunkan modal insan untuk mencapai matlamat masyarakat berpengetahuan dan negara maju menjelang 2020, lebih-lebih lagi dengan krisis ekonomi global yang sedang berlaku.

Beliau juga berkata Malaysia telah melepasi sasaran 50,000 pelajar asing menjelang 2010 dalam objektif negara untuk menjadi hab pendidikan global.