Saturday, January 31, 2009

11 cawangan 'Umno' bubar !! (Terkini dr. Bota) - malaysiakini

Terkini dari Stadium Bakri Rais, Bota Kanan ! - 11 cawangan Umno telah dibubarkan malam ini - Cawangan Umno tersebut ialah di Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg. Selat Bota Kanan dan beberapa cawangan lain. Suasana di tapak ceramah - padang mini melaut dengan rakyat. Dianggarkan hampir 15 ribu orang membanjiri Pekan Bota Kanan malam ini. Gerai makanan jadi tumpuan, tokey bihun sup gearbox dah mula senyum ! Periuk sup dah hampir kering ! Jajaan dah nak habis !

Dato' Nasa menjelaskan bahawa tiada duit dan pangkat yg ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti, ia datang dengan keihklasan hati demi rakyat. Wow ! ramai juga orang-orang Umno yg datang ceramah malam ini ! Syhhh...., sumpah cakap lu, ini ler ceramah sulung PR yg kaum gerombolan datang dengor secara live! Ramai yg terkejut, Dato' Nasa lagi ler terkejut tengok punya la ramai orang, katanya tak pernah dia berceramah depan orang yg macam ini punya ramai ! Selalunya dalam ceramah umno, kerusi yg ramai dari orang..wakakaka !!

Anwar tengah layan syiookkk..! Kaw..kaw..punya cerita beb! Anwar bilang, berpuluh2 Adun dan Ahli Parlimen BN calling-calling dia, jumpa secara sulit-sulit, tapi nak lompat masih takutt..takutt!, nak buat macamana nanti miss soru...! MB Perak tak dapat datang malam ni, ada hal katanya..mungkin dok tengah bincang hal 4 mata dgn 2 orang Adun BN yang nak loncat hari cuti ni kot! Woi..jangan la main sorok2...boring laaa !!

ABO@al-Banjari - terima kasih kepada sahabatku ude kenang yang memberi input kpd teman tentang suasana 'seronok' dari Bota Kanan, Perak malam ini !

3 comments:

  1. aku suke berita ni..
    budak-budak kg aku pun pegi sane
    dieorang cakap ramai gile

    ReplyDelete
  2. Harapkan Malaysia akan digegarkan bermula dari BOTa. Wakaka..From Bota with love.
    Mari sokong Pakatan Rakyat Ramairamai dan kita hapuskan gerombolan UMNO dan penjenayah beruniform dan mereka yang suka ugut ugut dalam "premis berlesen".
    Musnahkan gerombolan dan Mat Monggol.

    ReplyDelete
  3. TP cepat2 la dapatkan video/gambo bagi perhimpunan kat Bota Kanan tu. Kawan surf kat ABO dan TBO tak kuar-kuar pun. Tak sabo bebeno teman nak ngengok gambo-gambo tu.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?