Saturday, January 31, 2009

Kepala Kugan direjam dalam air? - malaysiakini

Dalam berita bertajuk "Experts: Was Kugan drowned?" Malaysiakini melaporkan seorang pengamal perubatan kanan berkata, kepala Kugan yang ditahan berkaitan kes kecurian kereta mewah mungkin direjam ke dalam baldi berisi air seperti siksaan "water-boarding torture" (lihat gambaran pelukis) yang dilakukan ke atas tahanan di Guantanamo Bay.

Sebelum itu, Malaysian Insider melaporkan bahawa bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya menemui kecederaan di bahagain luar tubuh Kugan. Pihak polis pula mendakwa Kugan mati disebabkan jangkitan paru-paru berair.

Ketika saya ditahan di lokap IPD Sentul, saya mendengar beberapa orang rakan selokap (saya tak tanya apa kesalahan mereka) menceritakan, kadang-kadang polis menyiksa dengan melumurkan cili pada kemaluan orang kena tahan (OKT) atau memasukkan cili ke dalam dubur OKT untuk mendapatkan maklumat. Pukul bantai tak payah ceritalah. Itu dakwaan mereka.

Saya tidak tahu benar atau tidak. Saya tak pernah tengok. Yang saya nampak ialah bengkak di kepala dan luka-luka pada salah seorang dari mereka. Dia mendakwa dikerjakan polis yang menyoal siasatnya.

Beliau yang ditangkap atas tuduhan rompakan bersenjata (dia yang bagi tau) menceritakan kepada saya, tempat penyiksan paling teruk dan paling ditakuti di negara ini ialah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Saya dengar sahaja. Sepatah pun tak jawab. Mana aku tau betui ka, dak ka.

Pada masa ini, saya hanya teringat jawapan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Dewan Rakyat pada tahun lepas yang dibangkitkan oleh Haji Husam Musa di mana seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007.

"Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!" katanya.

~Penarik Beca

4 comments:

  1. FAUZI.. ko buang semua gambar kat picasa tu erk ....jhuhu..mana yang kata nak published ko punya kertas undi tu.. KAKKAKAK
    tak ketawa pulak ngko hari ni

    ha..ni si asrol pulak

    Name: Mohd Asrol Affandi

    Age 26, Single, Male
    Education: SMK Kok Lanas, CIAST
    Home town: Kok Lanas, Kelantan
    Email: asrol888@yahoo.com , asrol.affandi@gmail.com
    webmaster@kelatekito.com
    HP: +6.0199926205
    09-7868205
    Address: lot 89, bandar pasir puteh
    pasir puteh, kelantan,MY 16800
    Blog: http://webpanas.blogspot.com/
    http://asrol.blogspot.com/
    Maybank Acc. No. :1530 8316 3487
    Friendster: http://profiles.friendster.com/23210541
    More picture: http://www.friendster.com/viewphotos.php?uid=23210541&a=0 http://www.friendster.com/photos/23210541/305258224/33329
    http://www.friendster.com/photos/23210541/0/796507014
    http://www.friendster.com/photos/23210541/1/852939202

    KASI PECAH LA

    ReplyDelete
  2. asrol poyo... kau klik dekat sini http://perisik-rakyat.com/2008/05/sebab-utama-bn-kalah-di-dun-subang-jaya.html

    ReplyDelete
  3. tp,

    aku rasa kau kena tapis komen yang tak berkenaan dgn artikel kau...

    suruhanjaya polis kena ditubuhkan... dulu dah ada cadangan tapi senyap je lepas diugut oleh musa hasan....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?