Saturday, January 24, 2009

Kes Kugan: 11 anggota polis dipindah ke ibupejabat

Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana seoang pemuda A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.

Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

kugan ananthan funeral 230109"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

"Pihak poli masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian pemuda berusia 22 tahun itu sebagai kes bunuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis.

Pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit mulai hari Rabu.

"Mereka (polis) ini berusia 25 hingga 30 tahun dan dari daerah Subang Jaya serta berpangkat konstabel hingga lans koperal. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan tiada 'cover-up' dalam siasatan kes kematian Kugan itu.

Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.

-malaysiakini

7 comments:

  1. assalamualaikum tp & dll,

    boleh caya ke polis siasat polis ni!!!

    tolong komen sikit..tq

    ReplyDelete
  2. 11 prebet di pindah (pindah je)melakukan kerja pejabat, senang nye bunuh orang boleh kerja pejabat, pegawai tak terlibat ke, lepas ni gerenti CCTV rosak pulak, dah lama dah PDRM buat kerja bunuh orang, dulu orang takut sekarang zaman IT dan Internet PDRM tak boleh sorok sorok, cctv rosak, cctv rosak, cctv rosak, cctv rosak, cctv rosak,

    ReplyDelete
  3. Setelah polis menjalankan siasatan didapati bahawa Kugan telah memukul dirinya sendiri dan kemudian memasukkan air yang banyak dalam paru2nya sehingga menyebabkan kematiannya..

    ReplyDelete
  4. "Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan tiada 'cover-up' dalam siasatan kes kematian Kugan itu." ...persoalannya...sebelum ni banyak 'cover-up' ke ?????

    ReplyDelete
  5. skrip DSAI mata lebam akan diguna pakai semula tapi akan diedit untuk menjadikannya lagi canggih

    ReplyDelete
  6. 1. korang kutuk polis, bagus
    2. nanti kalau kereta korang hilang, malam malam kena curi tgh jalan, pastu rumah kena masuk perompak, anak bini ketakutan , kena ragut, segala , tak yah jumpa polis, pastu ko cari penjenayah tu , saman balik polis pasal tangkap ..

    fikir fikir kan la

    ReplyDelete
  7. Kes mati kugan diketengahkan macam mana kes curi kereta mewah dia?dengar cerita kekawan dia dah kena tangkap semuanya & 7 buah kereta mewah lagi dah jumpa jangan tak caya 22 buah kereta dia n the geng curi. kesihan kereta orang yang kene curi tu kan..... polis jugak yang dipersalahkan ..... jenayah tak dibendung ....22 buah kereta kaya tu .... padan pun keluarga dia nangis akan duit tak masuk lain kali .....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?