- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno akan melakukan perubahan dan pembaharuan untuk memperkasakan parti selepas ia diterajui kepimpinan baru berikutan pemilihan Umno Mac ini.
- Presiden Umno itu berkata parti akan mengambil langkah-langkah yang menepati kehendak ahlinya untuk muncul sebagai parti politik yang lebih berwibawa dan dapat memberi khidmat kepada rakyat selaras dengan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.
- Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata Umno telah mengumpulkan semua cadangan berhubung langkah pembaharuan yang perlu diambil melalui penganjuran "permukiman" Umno dan beberapa sesi perbincangan yang telah diadakan, lapor Bernama.
- "Tetapi kami membuat keputusan bahawa oleh sebab pemilihan parti dah nak berlangsung, maka teruskanlah dengan pemilihan parti itu dulu dan kemudian kita boleh buat perubahan-perubahan yang dikehendaki dengan barisan kepimpinan yang baru," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di Dubai semalam.
Korang tau kan "MACAM BIASA" tu apa... kih kih kih kih kih kih...
BRAVO...!!!
keadaan parti UMNO yang seadanya kini, atau lebih tepat lagi, selepas dimalukan oleh PAS/PR pada PRK P036 perlu dianggap oleh orang umno yang beria-ia sangat melakukan perubahan terhadap partinya itu sebagai sama (kalaupun tak serupa) keadaannya dengan central market di pusat bandar kuala lumpur suatu ketika dulu, atau lebih tepat lagi, beberapa tahun sebelum usaha memulih memelihara atau konservasi dilakukan terhadapnya untuk dijadikan pasar seni yang seadanya.
ReplyDeletemaksudnya, apa jua perubahan yang ingin dilakukan terhadap umno pada masa ini perlu menggunakan teknik sinektiks cara analogi langsung, atau dalam bahasa mudah, merujuk kepada usaha konservasi terhadap bangunan central market tersebut, dalam erti kata aspek-aspek yang wajar dipelajari oleh umno daripadanya. yang mana sisi soal-jawab berikut mungkin dapat menjelaskannya.
Soalan: mengapa bangunan central market tersebut perlu dikoservasikan demikian,iaitu diubah menjadi bangunan pasar seni tersebut?
Jawapan:jika tidak dikonservasikan demikian ia akan menjadi 'jiran yang tidak baik' kepada kehidupan dipersekitarannya, atas alasan wujudnya benda tak baik yang sinonim dengan keadaan pasar sayur dan ikan di malaysia seperti, bau busuk, bau hancing, kotor, bising, menimbulkan kesesakan jalan dan lain-lain.
Soalan: mengapa nama atau istilah 'pasar' atau fungsi bangunan yang dikaitkan dengan 'pasar' dikekalkan?
Jawapan:melakukan perubahan tetapi masih mengekalkan nilai sejarah dsb.