Ustaz Romlang Porigi yang bertugas di Masjid Negara, terkenal satu masa dulu kerana menjadi saksi sumpah Qur'an dalam kes tuduhan liwat ke atas DSAI menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Petang ini, saya berpeluang bercakap talipon dengan beliau. Benar, beliau telah menerima satu surat pertuduhan mengandungi empat dakwaan ke atas beliau. Antara lain, kerana naik atas pentas pembangkang menjelaskan penglibatan beliau dalam sumpah itu. Sefaham saya, tidak ada dalam pertuduhan itu yang menyebut kenyataan Ustaz Ramlang dalam isu sumpah adalah tidak benar.
Penjelasan Ustaz Ramlang tidak memuaskan pihak atasan. Beliau telah pun menerima surat pemecatan. Kini, Ustaz Ramlang akan merayu.
Benar. Ustaz Ramlang telah muncul di pentas pembangkang dalam masa kempen. Tetapi kemunculan beliau ialah untuk menyatakan kebenaran dalam isu yang penting itu dalam masa kritikal. Itu memang suruhan Islam. Berkata benar terutama dalam soal kesaksian, walaupun pahit dan mengundang risiko.
Pegawai seperti ini patut diberi pertimbangan berbeza. Kecuali beliau memfitnah, berbohong atau memutarbelitkan fakta.
Melibatkan beliau tanpa kesedaran secara mendalam terhadap duduk perkara acara 'sumpah' itulah yang telah menyusahkan beliau. Kerana itu, beliau harus dilindungi, bukan didera dengan pemecatan seperti itu. Kecuali, Kerajaan BN marah tembelang konspirasi mereka terbongkar dan bertindak melepaskan geram lantaran konspirasi itu dibongkarkan Ustaz Ramlang.
Itu kejam.
Ternyata, Ustaz Ramlang berani, jujur dan menjunjung kebenaran tanpa menghiraukan risiko.
-Weblog Husam Musa
-Weblog Husam Musa
ko rasalah kan fauzi , berapa lama ko nak delete semua comment aku
ReplyDeleteaku cadangkan ko moderate je
senang sket..orang penakut dan barua selalu buat camtu...
lagi satu
si SERI HANI BINTI ARIFFIN NGAH NASUTION tu ko kenal kan
tinggal si asrol budak kecik je aku tgh cari.
tapi si SERI HANI tu , yelah
anak calon PAS kan..
nak buat camner..bapak power
ustaz tu aku RESPEKS la
anak belum tentu lagi :D
anak dia yang kasi kantoi ni
:D
ehehehhehehe
delete la erk
senang citer , tutup je site ni
kah kah kah dah smpai merayu suh buang posting sendiri...punya la malu nak ngaku tu posting sendiri,ye lah sumenya membodokan diri sendiri...
ReplyDeletekah kah kah....